Soalan: Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin
bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab
menangani masalah ini
PENGEMBANGAN ISI
A1)Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha
mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.
A2)Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dan memahami aktiviti serta tingkah laku anak-anak
mereka.
A3)Dengan demikian,ibu bapa dapat sentiasa memantau
pergerakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja.
A4)Tamsilnya,ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat
sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula
menampakkan
unsur-unsur yang negatif.
A5)Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing
dengan
efektif, pembabitan remaja dalam aktiviti jenayah akan dapat
dikurangkan.
Soalan:Kebelakangan ini terdapat banyak kes remaja lari dari
rumah. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini berlaku?
PENGEMBANGAN ISI
(A1) Salah satu faktor penyebab remaja lari dari rumah
adalah kerana
remaja tidak mendapat didikan agama yang mencukupi.
(A2) Hal ini kerana remaja tidak memikirkan kepentingan
pendidikan
agama terhadap diri mereka.
(A3) Oleh yang demikian, kebanyakan remaja tidak mahu pergi
ke kuliah-kuliah agama kerana mereka merasakan majlis
tersebut
kurang penting.
(A4) Sebagai contoh, mereka sanggup berbohong untuk
mengelakkan
diri daripada menghadiri kuliah tersebut.
(A5) Sehubungan dengan itu remaja perlu diberi didikan agama
yang
secukupnya agar tidak terpesong ke jalan yang salah bak kata
pepatah
‘Ilmu pelita hati’.
Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada
pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?
PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah
pegangan agama
yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar
subjek agama
di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam
peperiksaan.(Mengapa)
A3)Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan
mungkar kerana
tidak menghayatinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan
zina
kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu
dan
akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata
tempat.
(Contoh)
A5)Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng
daripada
terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.
(Penegasan)
Soalan: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya
pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
PENGEMBANGAN ISI (ISI PERENGGAN KEDUA)
A1) Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara
faktor yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah. (Apa)
A2) Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh
yang
kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.(Mengapa)
A3) Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang
negatif ini
bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka
itu.
(Kesan)
A4) Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan
aktiviti
yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam
sesuatu
kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. (Contoh)
A5) Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar
dalam
pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.
(Penegasan)
Soalan : Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai
dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang
diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet.
PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah
kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh
pelbagai pihak.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet
kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang
hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.(Mengapa)
A3)Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan
cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai
sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan
maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.(Contoh)
A5)Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat
yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.(Penegasan)
PERENGGAN LENGKAP
Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita
mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh
pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita
terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya
terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan
sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa
untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai
sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan
maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita
mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.