Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat
1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.
2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.
3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.
4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.
5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.
6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.
7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.
8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada
pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada
pembunuh itu.
9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.
10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.
11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.
12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.
13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.
14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik
kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke
kampung.
15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya
mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan
terima kasih.
18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji
selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji
selidik.
19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang
bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang
bermusuhan itu.
20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.
21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang
manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan
makanan yang manis-manis.
22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.
23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu
saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan
Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan
Parit Raja.
25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan
diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan
lagi.
26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.
27. Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.
28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.
29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.
30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.
31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul: Dia memandang saya.
32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.
33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.
34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan
segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan
segera.
35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.
36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.
37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.
38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.
39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?
40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan
ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.