AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan,
meN-…i, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan AKHIRAN
–kan dan –i.
a. Imbuhan pembentuk kata kerja
transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i,
mempeR-…-kan, mempeR-…-I mesti diikuti oleh
kata nama/ frasa nama
selepasnya sebagai unsur objek/penyambut;
1. Pembahas
pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah
yang bernas (salah)
1. Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang
bernas dalam
perbahasan itu (betul)
b. Imbuhan kata kerja transitif
mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh
disertai akhiran –kan kerana memberikan
maksud yang lewah;
1. Dia mempercepatkan
kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah (salah)
1. Dia
mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah (betul)
c. Imbuhan kata kerja transitif
memperoleh tidak memerlukan akhiran –i
selepasnya;
1. Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak
lumayan hasil daripada
penjualan kelapa kering (salah)
1. Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak
lumayan hasil daripada
penjualan kelapa kering (betul)
d. Oleh sebab kata dasar had dan
khas terbina daripada satu suku kata, maka
apitan yang sesuai adalah menge-…-kan,
bukannya meng-…-kan;
1. Zarul menghadkan pengambilan makanannya untuk
mengelakkan diri
daripada kegemukan (salah)
1. Zarul
mengehadkan pengambilan makanannya
untuk mengelakkan
diri daripada kegemukan (betul)
e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-,
mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak
boleh digugurkan seperti konsep awalan meN-
apabila bertemu dengan huruf
awal tertentu pada suatu kata dasar;
1. Kami
telah lama memelajari perkara ini di sekolah (salah)
1. Kami telah lama mempelajari perkara ini di
sekolah (betul)
f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang
berbentuk kata kerja tak transitif.
Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja
berawalan meN- ( transitif ) kerana
tidak mempunyai objek selepasnya.
1. Pengetahuannya
semakin mendalam bidang perubatan (salah)
1. Pengetahuannya
semakin mendalam dalam bidang perubatan (betul)
g. Dalam penggunaan meN-…-kan,
meN-…-i, mempeR-…-kan atau
mempeR-…-i, penggunaan kamus dapat membantu
penguasaan tentang
makna agar tidak mengelirukan;
1. Azlan
menyerah wang RM10 kepada saya (salah)
1. Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya
(betul)
1. Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya
(betul)
h. Dalam keadaan ayat pasif diri
pertama dan kedua sahaja akhiran –kan atau –i
digunakan. Akhiran –kan dan –I tidak boleh
digunakan dalam struktur ayat
aktif;
1. Mereka perbudakkan kami selama ini (salah)
1. Mereka memperbudakkan kami selama ini (betul)
1. Kami
diperbudakkan oleh mereka selama ini (betul)
i. Penggunaan imbuhan yang tidak menepati
konteks ayat;
1. Setelah
hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya (salah)
1. Setelah
hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya (betul)