KATA KERJA TAK TRANSITIF (diikuti oleh objek)
a. Imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, beR…an tidak boleh
ditiadakan dalam
binaan kata kerja
tak transitif;
1.
Dia suka seloroh dengan saya (salah)
1.
Dia suka berseloroh
dengan saya (betul)
b. Unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak
transitif berpelengkap,
lazimnya adalah
terdiri daripada kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama,
dan kata nama atau
frasa nama.
1.
Dia tidak datang rumah saya semalam (salah)
1.
Dia tidak datang ke rumah saya semalam (betul)
2.
Pasukan
hijau akan bertemu pasukan kuning esok (salah)
2.
Pasukan hijau akan bertemu dengan pasukan kuning
esok (betul)
c. Sesetengat kata kerja tak transitif seperti masuk dan
naik tidak perlu diikuti
oleh kata sendi
nama dalam binaan kata kerja tersebut, tetapi diikuti langsung
oleh kata nama
bagi menyempurnakan maksudnya;
1.
Kami bertiga akan masuk ke persatuan itu tidak
lama lagi (salah)
1.
Kami bertiga akan masuk persatuan itu tidak lama
lagi (betul)
d. Kata kerja tak transitif berpelengkap yang berapitan
beR-…-kan mesti diikuti
oleh kata nama
atau frasa nama sebagai pelengkap dan bukannya kata sendi
nama. Ini adalah
kerana akhiran –kan pada apitan beR-…-kan merupakan
kependekan kata
sendi nama akan , serta juga mewakili kata sendi nama
yang lain seperti
tentang, dengan dan pada;
“Pemilihan ketua
kampung, biarlah berdasarkan pada sifat kepimpinan,” kata
Datuk (salah)
“Pemilihan ketua
kampung, biarlah berdasarkan sifat kepimpinan,” kata
Datuk (betul)
e. Proses penggandaan kata kerja tak transitif yang membawa
maksud
perbuatan yang
dilakukan secara berulang-ulang atau berpanjangan tidak
perlu disertai
oleh kata ganda berimbuhan tertentu yang menunjukkan maksud
berulang-ulang,
berpanjangan, bersungguh-sungguh atau saling;
1.
Penyelam itu berhempas-pulas dengan
bersungguh-singguh
menyelamatkan diri
daripada serangan jerung(salah)
1.
Penyelan itu berhempas-pulas menyelamatkan diri
daripada serangan
Jerung(betul)