SENARAI KANDUNGAN
ASPEK MUKA SURAT
1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.LAMPIRAN
9.RUJUKAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah atas
segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah
ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah
dianugerahkan oleh-Nya.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Radi bin Yahaya selaku pengetua SMK Pesisran Perdana yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Kamariah bte Mohd Nor selaku guru sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas
segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini
telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah
dianugerahkan oleh-Nya.
Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah ______________ dan
ibu_________________________________terima kasih atas segalanya. Tanpa
tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya
akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Institusi Pentadbiran Tempatan yang terdapat di negara kita. Objektif kajian seperti berikut :
- Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang berdikari dan berani.untuk mendapatkan sumber-sumber bahan daripada Majlis Perbandaaran Muar
- Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah
penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta
pelantikan pentadbir di peringkat Majlis Perbandaran Muar.
- Melalui kajian ini juga dapat
menanam semangat patriotsme dan jati diri dalam generasi muda
kerana dapat mengenali lebih dekat Sejarah daerah Muar.
- Melalui
kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan
guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan
kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
- Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet.
Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet
dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan
tajuk kajian.
- Kaedah kajian melalui majalah dan power point. Saya mencari maklumat mengenai Majlis perbandaran Muar berdasarkan bahan yang diperolehi.
- Kaedah lawatan juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya telah pergi sendiri ke Majlis Perbandaran Muar dan
mendengar taklimat dan memperolehi bahan-bahan berkaitan MPM. Saya
juga telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti.
1. Institusi Pentadbiran Tempatan
Majlis Perbandaran Muar
Nama rasmi bagi MPM ialah Majlis Perbandaran Muar.Terletak di Jalan Maharani bersebelahan dengan stesen bas Muar Batu Pahat. Majlis Perbandaran Muar boleh dihubung melalui :
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Karung Berkunci No.516, 84009 Muar, Johor Darul Takzim
Telefon :06-9521204, 06-9521205, 06-9521206
Fax : 06-9522691
Hotline : 06-9522207
Emel : mpmuar@johor.gov.my
Emel : webmaster
MATLAMAT MPM
Dengan Ini Memberi Komitmen Bahawa
- Anda akan mendapat layanan yang mesra, cekap, adil dan berkualiti apabila berurusan dengan kami
- Warga Perbandaran Muar akan menikmati persekitaran yang bersih, nyaman dan indah
- Kami akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas di seluruh kawasan MPM
- Kami
akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan
dengan syarat butir-butir aduan jelas, sama ada dalam bentuk
bertulis atau melalui telefon.
- Kami
akan terus berusaha memberikan kepuasan seoptima mungkin kepada
warga Perbandaran Muar dan menjawab surat permohonan dan aduan
dalam tempoh tujuh hari.
OBJEKTIF
"Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan sebuah Bandar Sejahtera dan Maju"
"Memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dengan adil dan bijaksana"
"Menyediakan kemudahan sosial yang lengkap dan teratur bagi
"Melahirkan masyarakat berbudaya sihat"
"Mewujudkan organisasi berinformasi dan inovatif"
"Mengamalkan pengurusan Mesra Rakyat"
Objektif Penubuhan MPM
Berbekalkan
motto "CEKAP AMANAH DINAMIK MAKMUR", MPM menyasarkan untuk menjadi
sebuah agensi kerajaan yang terunggul di daerah Muar. MPM mempunyai
wawasan untuk menjadi pusat kecemerlangan (Centre Of Excellence) di
kalangan pihak berkuasa tempatan. MPM juga berusaha untuk mengubah imej
tradisi dan mengekalkan kesinambungan antara masyarakat dan pihak
kerajaan.
Majlis Perbandaran Muar telah menggariskan beberapa objektif yang harus di
jadikan panduan oleh setiap pekerja di sini bagi menjamin kualiti
perkhidmatan yang tinggi dan dinamik. Antara objektif penubuhan MPM
adalah :-
- Memberi Perkhidmatan sebaik mungkin kepada pembayar pembayar cukai, mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan pentadbiran.
- Mempertingkatkan prestasi pentadbiran dan pengurusan.
- Mempertingkatkan
kebersihan dan perancangan pembangunan dalam semua sektor di
kawasan pentadbirannya supaya menjadi lebih tersusun dan seimbang.
- Memperindahkan kawasan MPM sejajar dengan aspirasi dan harapan kerajaan.
- Menambahkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan atau perniagaan serta menyusun semula masyarakat.
MISI MAJLIS PERBANDARAN MUAR
|
"Mewujudkan Perbandaran bestari dan lestari dengan urus tadbir yang terbaik, berkualiti dan berintegriti."
VISI MAJLIS PERBANDARAN MUAR
"Ke arah Perbandaran cemerlang yang progresif, sejahtera dan makmur menjelang tahun 2015."
|
SENARAI PENTADBIR
- YANG DIPERTUA
Tn Hj Muhammad Fuad bin Hj Raduan
- SETIAUSAHA
En Jamaludin bin Hj A.Hamid
- KHIDMAT PENGURUSAN
En Bohari Bin Samingon
- PERANCANG BANDAR DAN BANGUNAN
En Muhammad Ali bin Tukiman
- KEWANGAN
En Mohd Nazron bin Mahmod
- KEJURUTERAAN
Tn Hj Arpan bin Omar
- PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Tn Hj Nashruddin bin Othmabn
- PERUNDANGANDANPENGUATKUASAAN
En Mohd Khairul Hafiz bin Ismail
- PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN PERKHIDMATAN
En Mohd Zulkipli bin Sujak
2. LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Sejarah Penubuhan
Pada
awal penubuhannya iaitu tahun 1903 hingga 1910 MPM dikenali sebagai
Sanitary Board. Kemudian, pada tahun 1921 telah bertukar nama kepada
Town Board dan berada di bawah ‘Town Board Enactment 1911’. Pada 6 Mac
1952 nama tersebut telah ditukar kepada Majlis Bandaran Bandar Maharani
dan diletakkan di bawah (The
Local Authorities Ordinance 1950). Seterusnya pada 1 Ogos 1978 bertukar
nama kepada Majlis Daerah Muar Selatan terletak di bawah (Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-Peruntukan Sementara,1973 (Akta 124).
Pada 1 Januari 2001 dengan rasminya MPM diisytiharkan Majlis Perbandaran Muar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pengisytiharan
Majlis Perbandaran Muar disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.
Pengisyhtiharan Majlis Perbandaran Muar telah di sempurnakan oleh YAB
Menteri Besar Johor pada 14 April 2001. Majlis Perbandaran Muar yang
suatu ketika dahulu di kenali sebagai Majlis Daerah Muar Selatan (Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan peruntukan sementara 1973)
merangkumi 17 buah mukim yangsehingga kini di duduki hampir 230, 000
orang penduduk pelbagai etnik.
Undang-undang Tubuh dan Akta
Secara umumnya beberapa akta parlimen telah digubal bagi bagi mengawal operasi PBT iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan
tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan
tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang
fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta
133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan
perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan
awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang
lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuat kuasa bagi
membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.
Undang-Undang Kecil
Terdapat 20 undang-undang kecil yang diguna pakai oleh Majlis Perbandaran Muar. Undang-undang tersebut adalah:-
· Undang-Undang Kecil Pasar (MDMS), 1981
· Undang-Undang Kecil Penjaja (MDMS), 1981
· Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDMS), 1981
· Advertisement (MDMS), By-Laws 1981
· Licensing of Trades, Business, Industries and Professions (Mdms) By-
Laws 1981
· Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan
Sampah Sarap (MDMS), 1985
· Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1986
· Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (MDMS), Kerajaan
Tempatan 1987
· Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987
· Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDMS), 1987
· Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian
(MDMS), 1988
· Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Johor (
Kelakuan & Tatatertib), 1988
· Undang-Undang Kecil Kedai Gunting dan Pendandan Rambut
(MDMS), 1989
· Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDMS), 1990
· Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MDMS), 1991
· Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MDMS), 1995
· Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (MDMS), 1995
· Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MDMS), 1995
Perincian Peranan / Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir
Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).
Majlis Perbandaran Muar telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya
bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas
menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk
pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga
aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula
termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan
awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan
perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas
berikut:
§Kuasa perancang tempatan
§Kuasa mengeluarkan lesen
§Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
§Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai- gerai dsb.)
§Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
§Mengurus dan mengawal lalu lintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
§Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.
Alam Sekitar
Tugas
ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di
bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti
pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan
pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.
Orang awam
Peranan
ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan,
perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan
juga tempat membakar mayat.
Di
samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan
dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah
menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan
gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha
perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam
turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.
Sosial
Beberapa
kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan
kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak,
klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga
kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut,
menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya
serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau
pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial
secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.
Pembangunan
Peranan
ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap
sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan
sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang
boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya
menghadapi masalah.
Cara Pelantikan pentadbir Tempatan
Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran akan dilantik oleh Kerajaan Negeri (Johor) dan dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menguruskan pentadbiran majlis. Pemegang
jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan
negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat
kerajaan negeri. Manakala 24 Ahli Majlis juga dilantik oleh Kerajaan Negeri (Johor) dan 4 ex-officio sebagai penasihat kepada organisasi Majlis.
Yang
Dipertua mengetuai Majlis dengan dibantu setiausaha dan tujuh jabatan
iaitu Jabatan kejuruteraan, jaabatan kewangan, jabatan khidmat
pengurusan, jabatan penilaian dan pengurusan harta, jabatan
perancanngan, jabatan perundangan dan jabatan perkhidmatan perbandaran
dan kesihatan.
Peranan Majlis Perbandaran Muar
Ekonomi
Pihak
Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menyediakan kemudahan-kemudahan
seperti gerai-gerai makanan, jualan bazar Ramadhan, pasar malam dan
uptown maharani. Kemudahan ini disediakan kepada semua kaum untuk
melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan atau tetap.
Secara tidak langsung, aktiviti ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk daerah Muar.
Selain
itu, perkembangan bidang perindustrian yang begitu pesat di daerah
Muar. Di bawah pentadbiran MPM, kewujudan banyak industri terutama
industri elektronik di daerah Muar. Ini membuka peluang kepada
belia-belia di daerah Muar mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik
dan meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu dapat mengurangkan
penggangguran dan penghijrahan belia ke Bandar-bandar besar.
Kemasyarakatan
Peranan
MPM dalam bidang kemasyarakatan sememangnya tidak dinafikan. Banyak
aktivti yang dilakukan setiap tahun MPM bersama-sama penduduk daerah
Muar seperti menjayakan program Gaya Hidup Sihat,tayangan Astro, dan
program 10,000 langkah. Dalam program MPM bersama komuniti seperti
Program Gerak Mesra yang merangkumi aktiviti pameran kesihatan, aktiviti
mewarna, aktiviti kempen kebersihan, pameran jabatan kerajaan.
Selain itu, mengdakan aktiviti senam a-robik dan j-robik setiap hari Sabtu dan Ahad di Dataran Tanjung Emas bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat daerah Muar yang sihat dan cergas malahan mengeratkan kaum. MPM jua memperkenalkan Program Menanam Pokok untuk menceriakan kawasan Muar dan menjaga alam sekitar.
Kebudayaan
Bidang
kebudayaan juga merupakan tumpuan pihak MPM. Antara peranan MPM dalam
mengekalkan budaya bangsa dengan memberi sokongan kepada persatuan seni
dan budaya yang diwujudkan seperti persatuan Riuk Barongan & Kuda Kepang, Zapin Lenga dan Persatuan Singa Kun Seng Keng.
Daerah
Muar juga terkenal dengan lagu-lagu berirama ghazal. Maka MPM
berperanan mengadakan pertandingan lagu-lagu asli terutama ghazal di
peringkat daerah. Bukan itu sahaja , pihak MPM telah memperkenalkan seni
dan budaya Johor ke peringkat kebangsaan
Pelancongan
Dalam
bidang pelancongan, MPM telah berusaha mempertingkatkan dan menggunakan
sumber-sumber alam yang terdapat di daerah Muar agar menjadi daya
tarikan kepada pelancong asing dan tempatan. Antaranya ialah kawasan
Reakreasi Tanjung Emas, Kawasan Rekreasi Tanjung Ketapang , Pantai Leka, Parit Jawa dan banyak lagi kawasan bersejarah di Muar.
Bagi kemudahan para pelancong pihak MPM telah menyediakan video korporat pelancongan daerah Muar dengan kerjasama syarikat swasta yang telah dilancarkan pada 03 Disember 2010 dan buku
panduan pelancongan Daerah Muar. Selain itu pihak MPM dalam usaha
mengumpul maklumat kawasan-kawasan berpotensi untuk dijadikan pusat
tarikan. Pihak MPM juga bertanggung jawab menyelenggara kawasan-kawasan
reakreasi dan kawasan pelancongan agar selamat dan sentiasa bersih.
PERKEMBANGAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Sumber Kewangan
Majlis
Perbandaran Muar memperoleh sumber kewangan daripada hasil pihak MPM
seperti cukai taksiran, perlesenan, denda, bayaran perkhidmatan, sewaan,
faedah pelaburan dan penerimaan bantuan daripada kerajaan pusat serta
kerajaan negeri.
Sumber yang diperolehi inilah digunakan untuk merancang dan membangunkan kawasan yang berada di bawah pentadbirannya.
Kemajuan yang Dicapai
Sejak
ditubuhan sehingga hari banyak kemajuan yang telah dicapai oleh pihak
Majlis Perbandaran Muar(MPM). Memang tidak dinafikan MPM telah
menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan di bawah
pentadbirannya.
Antaranya,
kawasan sungai Abong dan Pagoh yang dahulunya kawasan pertanian telah
dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Terdapat juga Kompleks
Sukan Pagoh telah dibina di bawah projek Pusat Pertandingan Rakan Sukan
(PPRS). Kompleks yang terletak di dalam daerah Muar, Johor ini telah
siap dibina pada tahun 2001 di atas tanah seluar 8.4 ekar.
Tidak ketinggalan kawasan pelancongan yang telah dibangunkan semula iaitu Tanjung Emas, kawasan
Rekreasi Tanjung Ketapang dan Pantai Leka, Parit Jawa. Beberapa
aktiviti di tanjung Emas diperkenalkan seperti Dataran Tanjung Emas
,Taman permainan kanak-kanak, Menyusuri Sungai Muar, Berkayak, Trek Jogging,Senaman J-Robik (Setiap Sabtu & Ahad), Medan Selera dan Pertandingan Memancing.
Selain itu, MPM dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah membina jambatan kedua yang merentasi Sungai Muar bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di daerah Muar.
Cabaran yang dihadapi
Apabila
Majlis Perbandaran Muar(MP) telah diiktiraf sebagai status sebuah
Perbandaran, maka MPM menghadapi cabaran yang besar dari sungi peranan
dan tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa tempatan.
Sehubungan
dengan ini banyak peningkatan tuntutan daripada pembayar cukai agar
perkhidmatan prasarana dan infrstruktur terutama di setiap kawasan
pentadbiran MPM diperbaiki.
Pihak
MPM sering menerima aduan tentang mutu perkhidmatan dan kualiti hidup
seperti kesesakan lalu lintas terutama di bandar Muar, masalah
kebersihan tandas awam, stesen bas, masalah longgokan sampah dan
pencemaran alam sekitar. Hal sedemikian merupakan tanggungjawab MPM agar
ianya dapat diselenggarakan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Sekiranya aspek ini tidak diberi perhatian akan menjejaskan nama MPM dan
kerajaan negeri.
Cabaran ini pasti dapat diatasi sekiranya semua penduduk daerah Muar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (MPM)
Perancangan Masa Depan
Majlis
Perbandaran Muar telah merancang program-Program Pembangunan RMK 10
terutama dalam bidang pelancongan terutama Pusat Pelawat, Bakau fitness station, Kawasan Penerangan Paya Bakau, Tapak Perkhemahan dan Kawasan Rekreasi Keluarga.
Keistimewaan
kedudukan bandar ini di pesisiran Sungai Muar yang menghadap Selat
Melaka, mendorong MPM memperkemaskan pelan pelancongannya bagi
membolehkan bandar ini menjadi tarikan pelancongan, sekali gus memberi
sumber ekonomi kepada penduduk. Tinjauan
sejauh kira-kira enam kilometer itu bermula di Jeti Tanjung Emas
sehingga Bukit Treh sebelum singgah di Medan Selera Ikan Bakar Sabak
Awor yang turut menjadi tarikan orang ramai.
Sehubungan itu, peruntukan
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), merangka pelbagai projek bagi
merancakkan lagi kegiatan ekopelancongan yang menjadi tunggak tarikan
pelancong ke daerah itu. Pesisiran Sungai Muar di bandar ini sudah
mempunyai produk pelancongan tetapi ia perlu diberi nilai tambah bagi
menarik minat pelancong menikmati keindahan dengan menyusuri sungai.
Tidak
ketinggalan prasarana fizikal terutama pembangunan seperti pembinaan
reminal pengangkutan baru di Jalan Kim Kee, penempatan semula Pasar
Borong Muar, Program Peparitan bagi mengatasi masalah banjir dan
pembangunan bandar perabot.
Rumusan
Saya
amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus sejarah dalam
tempoh yang ditetapkan. Ketika menyiapkan kerja kursus ini banyak
pengetahuan dan pengajaran dan nilai yang saya pelajari.
Saya
telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara berkaitan penubuhan
Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang kian dikenali oleh masyarakat di
Muar. Oleh itu, saya harus menghargai dan bekerjasama dengan pihak MPM
dalam setiap urusan atau aktiviti bagi mewujudkan suasana harmoni di daerah Muar. Saya juga dapat mengetahui keistimewaan dan keunikan daerah Muar yang menarik perhatian para pelancong.
Dalam
menyiapkan kerja kursus ini telah mengajar saya erti kesabaran,
ketabahan dan kerjasama antara rakan dan pihak MPM. Nilai-nilai ini
mmbuatkan saya sentiasa berganding bahu bersama-sama rakan untuk mencari
maklumat tentang MPM. Dari situ saya dapat mempelajari dan menguasai
ilmu berkomunikasi
Akhir
kata, sebagai generasi muda kita perlu mengharagi dan mengekalkan
kemajuan dan perubahan yang telah dilakukan oleh MPM. Kit perlu sentiasa
menjaga kebersihan dan keharmonian semua masyarakat di Muar agar Negara
kita akan terus aman damai.
Elemen 3
Bagaimanakah Institusi Pentadbiran Tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
Institusi
pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak institusi
pentadbiran tempatan terutamanya Majlis Perbandaran Muar(MPM) untuk
memperkukuhkan integrasi nasional. Kakitangan sektor awam terutamanya
(MPM) perlu menjalankan tugas dengan adil dan bertimbang rasa kepada semua pihak tanpa mengira kaum. Selain itu, mereka juga perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia ketika melayan pelanggan agar pelanggan berasa dihormati dan dihargai. Dengan itu, wujud rasa hormat menghormati antara kakitangan MPM dan masyarakat dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan.
Di
samping itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak MPM
bersama-sama masyarakat seperti gotong-royong, Hari Bertemu Pelanggan,
Rumah Terbuka musim perayaan, program kesihatan dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong menolong bahkan melahirkan semangat muhibah atau semangat bermasyarakat antara
semua kaum terutamanya daerah Muar. Ini dapat kita lihat apabila semua
kaum terlibat dan menyertai semua aktiviti yang diadakan oleh pihak MPM.
Apabila
tibanya sesuatu perayaan, pihak MPM telah mengadakan rumah terbuka yang
melibatkan semua perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Krismas. Melalui perayaan ini, masyarakat dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa dalam Negara Malaysia. Semua kaum sentiasa hormat menghormati agama dan budaya setiap kaum dan secara tidak langsung dapat memperkukuh integrasi nasional negara.
Kesimpulannya,
unsure-unsur patriotism dalam institusi pentadbiran tempatan amat
penting sekiranya kita mahu agar masyarakat hidup harmoni dan bersatu
padu. Dalam konteks ini kakitangan awam haruslah menunjukkan itlizam
yang tinggi dalam uruusan pentadbiran yang melibatkan orang ramai.
Dengan cara ini, konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat
direalisasikan.