Thursday 21 June 2012

Teknik Pengembangan Isi BM PMR


Soalan: Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini
PENGEMBANGAN ISI
A1)Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha
mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.
A2)Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dan memahami aktiviti serta tingkah laku anak-anak mereka.
A3)Dengan demikian,ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja.
A4)Tamsilnya,ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat
sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula menampakkan
unsur-unsur yang negatif.
A5)Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan
efektif, pembabitan remaja dalam aktiviti jenayah akan dapat dikurangkan.

 Soalan:Kebelakangan ini terdapat banyak kes remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini berlaku?
PENGEMBANGAN ISI
(A1) Salah satu faktor penyebab remaja lari dari rumah adalah kerana
remaja tidak mendapat didikan agama yang mencukupi.
(A2) Hal ini kerana remaja tidak memikirkan kepentingan pendidikan
agama terhadap diri mereka.
(A3) Oleh yang demikian, kebanyakan remaja tidak mahu pergi
ke kuliah-kuliah agama kerana mereka merasakan majlis tersebut
kurang penting.
(A4) Sebagai contoh, mereka sanggup berbohong untuk mengelakkan
diri daripada menghadiri kuliah tersebut.
(A5) Sehubungan dengan itu remaja perlu diberi didikan agama yang
secukupnya agar tidak terpesong ke jalan yang salah bak kata pepatah
‘Ilmu pelita hati’.
 
Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?
PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah pegangan agama
yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar subjek agama
di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam peperiksaan.(Mengapa)
A3)Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana
tidak menghayatinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan zina
kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu dan
akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata tempat.
(Contoh)
A5)Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng daripada
terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.
(Penegasan)

Soalan: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
PENGEMBANGAN ISI (ISI PERENGGAN KEDUA)
A1) Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah. (Apa)
A2) Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.(Mengapa)
A3) Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini
bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.
(Kesan)
A4) Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti
yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu
kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. (Contoh)
A5) Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam
pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut. (Penegasan)
Soalan : Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet.

PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.(Mengapa)
A3)Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.(Contoh)
A5)Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP
Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.