Monday 25 June 2012

Pengimbuhan


AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan AKHIRAN  –kan dan –i.
a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i,

    mempeR-…-kan, mempeR-…-I mesti diikuti oleh kata nama/ frasa nama

    selepasnya sebagai unsur objek/penyambut;

1.       Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah

    yang bernas (salah)

1.        Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang bernas dalam

    perbahasan itu (betul)

b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh

    disertai akhiran –kan kerana memberikan maksud yang lewah;

   1.     Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah (salah)

1.       Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah (betul)

     




c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran –i

    selepasnya;


1.        Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada

    penjualan kelapa kering (salah)


1.        Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada

    penjualan kelapa kering (betul)


d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka

    apitan yang sesuai adalah menge-…-kan, bukannya meng-…-kan;


1.        Zarul menghadkan pengambilan makanannya  untuk  mengelakkan diri 

    daripada kegemukan (salah)


1.        Zarul    mengehadkan   pengambilan   makanannya   untuk   mengelakkan  

    diri daripada kegemukan (betul)

e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak

    boleh digugurkan seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf

    awal tertentu pada suatu kata dasar;

1.       Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah (salah)

1.        Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah (betul)


f.  Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif.

    Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- ( transitif ) kerana

    tidak mempunyai objek selepasnya.

1.       Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan (salah)

1.       Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan (betul)


g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan atau

    mempeR-…-i, penggunaan kamus dapat membantu penguasaan tentang

    makna agar tidak mengelirukan;

1.       Azlan menyerah wang RM10 kepada saya (salah)

1.        Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya (betul)

1.        Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya (betul)


h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran –kan atau –i

    digunakan. Akhiran –kan dan –I tidak boleh digunakan dalam struktur ayat

    aktif;

1.        Mereka perbudakkan kami selama ini (salah)

1.        Mereka memperbudakkan kami selama ini (betul)

1.       Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini (betul)


i.  Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat;


1.       Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya (salah)

1.       Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya (betul)