Friday 4 January 2013

Format Bahasa Melayu PMR


Format Bahasa Melayu PMR

Kertas Bahasa Melayu PMR terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. Kod 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:
    7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
    7 soalan mencari kesalahan ayat
    3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
    4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
    3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
    3 soalan mencari ayat yang betul
    3 soalan berdasarkan peribahasa
    10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

Kod 02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
  Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
  Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
 Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
 Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah
 Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah

Novel Tahap PMR:
    Sukar Membawa Tuah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon A mulai tahun 2010)
    Wira Persona Avatari (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon A mulai tahun 2011)
    Merenang Gelora (Digunakan oleh pelajar tingkatan 3 Zon A mulai tahun 2012)
Antologi Tahap PMR:
    Kasut Kelopak Jantung (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2010)
    Gema Sepi Gadis Genius (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2011)
    Harga Sebuah Lukisan  (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 3 mulai tahun 2012)
Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 140:
Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar