Wednesday 27 June 2012

Kata Kerja Tak Transitif


KATA KERJA TAK TRANSITIF (diikuti oleh objek)
a. Imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, beR…an tidak boleh ditiadakan dalam

    binaan kata kerja tak transitif;

1.        Dia suka seloroh dengan saya (salah)

1.       Dia suka berseloroh dengan saya (betul)

b. Unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpelengkap,

    lazimnya adalah terdiri daripada kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama,

    dan kata nama atau frasa nama.

1.       Dia tidak datang rumah saya semalam (salah)

1.       Dia tidak datang ke rumah saya semalam (betul)

2.        Pasukan hijau akan bertemu pasukan kuning esok (salah)

2.       Pasukan hijau akan bertemu dengan pasukan kuning esok (betul)

c. Sesetengat kata kerja tak transitif seperti masuk dan naik tidak perlu diikuti

    oleh kata sendi nama dalam binaan kata kerja tersebut, tetapi diikuti langsung

    oleh kata nama bagi menyempurnakan maksudnya;

1.       Kami bertiga akan masuk ke persatuan itu tidak lama lagi (salah)

1.       Kami bertiga akan masuk persatuan itu tidak lama lagi (betul)

d. Kata kerja tak transitif berpelengkap yang berapitan beR-…-kan mesti diikuti

    oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap dan bukannya kata sendi

    nama. Ini adalah kerana akhiran –kan pada apitan beR-…-kan merupakan

    kependekan kata sendi nama akan , serta juga mewakili kata sendi nama

    yang lain seperti tentang, dengan dan pada;

    “Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan pada sifat kepimpinan,” kata

    Datuk (salah)

    “Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan sifat kepimpinan,” kata

    Datuk (betul)

e. Proses penggandaan kata kerja tak transitif yang membawa maksud

    perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang atau berpanjangan tidak

    perlu disertai oleh kata ganda berimbuhan tertentu yang menunjukkan maksud

    berulang-ulang, berpanjangan, bersungguh-sungguh atau saling;

1.       Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-singguh

    menyelamatkan diri daripada serangan jerung(salah)

1.       Penyelan itu berhempas-pulas menyelamatkan diri daripada serangan

    Jerung(betul)