Thursday 28 June 2012

Rangka Karangan PMR : Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (ICT) mempercepatkan kemajuan Negara. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Berikan hujah-hujah anda.
Pendahuluah : Saya bersetuju bahawa  perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) mempercepatkan kemajuan Negara .
Isi 1 : Era Sains dan Teknologi – pesat di seluruh dunia. Pelbagai penyelidikan dan reka cipta dijalankan untuk mengembangkan bidang ini.
Isi 2: Memudahkan urusniaga terutama dengan negara luar – mengembangkan bidang teknologi dan meningkatkan ekonomi negara.
Isi 3: Membantu dalam bidang perubatan – bertukar-tukar fikiran dan pengetahuan melalui teleperubatan – berbincang tentang pembedahan yang berisiko tinggi.
Isi 4: Menyumbang dalam bidang pendidikan – meningkatkan pengetahuan pelajar – melayari internet mencari maklumat – pendidikan jarak jauh (PJJ) bagi golongan pelajar yang tidak dapat ke luar Negara – pengetahuan di hujung jari.
Penutup: Negara berkembang maju dengan adanya teknologi maklumat -  bidang ICT seharusnya diteroka dengan lebih giat lagi – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.