Watak protagonis / penentang: Meng Kong (menjual kad prabayar dan telefon bimbit curi)
: Shahrul (rakan subahat Meng Kong)
: Kumar (juga rakan subahat Meng Kong, Shahrul)
: Siew Mei (murid tingkatan 5, "peminat" Badri)
Latar tempat: Trek joging / taman permainan di tepi tasik berhampiran rumah Badri
Latar masa: awal pagi Ahad / hujung minggu
Ringkasan bab
Badri meneruskan rutin joging tiap
hujung minggu. Selepas tiga pusingan, Badri berehat di pondok (wakaf)
yang disediakan. Tiba-tiba Badri ternampak Meng Kong, Shahrul dan Kumar
yang sedang berbincang sesuatu. Badri memasang telinga untuk mengumpul
bukti kegiatan tiga orang budak nakal sekolahnya itu. Mereka bercakap
tentang Jamil yang penakut dan perihal CCTV dipasang di kedai ayah Meng
Kong. Mereka bimbang tentang Badri, lebih-lebih lagi apabila Nadira mula
berbaik-baik dengannya. Urus niaga mereka di sekolah juga merosot
akibat pelbagai larangan dan pemeriksaan.
Setelah berpuas hati dengan
maklumat yang didengarnya, Badri keluar dari persembunyian dan menegur
mereka. Shahrul membentak Badri, lalu terus menyerang. Badri yang penuh
ilmu silat di dada bagai pendekar dengan mudah menewaskan Shahrul.
Shahrul cabut lari dengan memecut motosikal, diikuti oleh Meng Kong dan
Kumar.
Kebetulan, Siew Mei pula muncul
di situ. Dia gembira justeru Badri mendapat bukti tambahan untuk
dipanjangkan kepada Cikgu Jailani. Badri beriringan dengan Siew Mei ke
tempat letak basikal.
Perwatakan: Berani (Badri)
: Tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah (Badri)
: Angkuh / berlagak hebat / sombong (Shahrul, Meng Kong, Kumar)
: ramah / berbudi bahasa (Siew Mei)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah
: masyarakat yang angkuh / berlagak hebat / sombong
: masyarakat yang ramah / berbudi bahasa
Nilai murni: keberanian, ketegasan / keteguhan pendirian, rendah diri / tawaduk, keramahan / budiman
Persoalan: keberanian dalam menegakkan pendirian / menjalankan tugas / menghadapi provokasi
: ketegasan / keteguhan pendirian dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
: sifat rendah diri / tawaduk dalam pergaulan / urusan dengan rakan
: keramahan / sifat budiman dalam komunikasi / persahabatan
kbkk: kebolehan watak utama dalam menghadapi konflik
: batasan pergaulan dalam kalangan murid sekolah