Watak penentang / antagonis: Shahrul
Watak lain: Mak Siti / ibu Badri
: Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah
: Jamil / kawan baik Badri
: Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi
: Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long (Badri)
: Meng Kong / kawan Shahrul
Latar tempat: rumah Badri, blok C, kelas 5 Cergas, kantin
Latar masa: awal pagi, waktu persekolahan
Perwatakan: penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Ringkasan bab 1
"Merenang Gelora" bermula dengan Badri
 sibuk menggayakan tali leher dan pakaian pengawas di hadapan cermin di 
rumahnya. Setelah itu dia menikmati nasi lemak sambal sotong air tangan 
ibunya. Usikan adiknya tidak memesongkan fikiran Badri tentang 
tanggungjawab sebagai pengawas yang juga lambang kepercayaan guru kepada
 dirinya. Dalam kegelapan pagi, dua beradik itu munuju ke perhentian 
bas. Tiba di sekolah, Badri terus disapa oleh Jamil yang menghamburkan 
pujian. Badri memberitahu bahawa dia bertugas di blok C, sambil mengajak
 Jamil sebagai teman. Bagi Badri, Jamil ialah rakan yang memberi 
sokongan ketika dia meminta pendapat tentang agihan tanggungjawab 
pengawas dengan persediaan peperiksaan. Jamil mengingatkan Badri tentang
 Shahrul, murid nakal yang suka melakukan peras ugut, dan kes disiplin 
murid yang makin buruk. Namun, Badri menegaskan bahawa dia tidak gentar,
 malah tidak sanggup membiarkan murid yang tidak bersalah menjadi 
mangsa. Apabila diduga oleh Jamil akan keberanian Badri bertindak, Badri
 dengan selamba mengatakan bahawa dia akan sentiasa merujuk guru. Dia 
tidak akan bertindak sendiri atau berlagak sebagai hero. 
Sebaik kembali ke kelas, Jamil 
memberitahu tentang murid perempuan baharu (yang berpindah dari Sekolah 
Menengah Badrul Shah, Kulim). Cikgu Kamarul masuk dan meminta Nadira 
memeperkenalkan diri. Apabila loceng berbunyi, beberapa orang murid 
menghampiri Nadira yang memiliki wajah yang cantik. Kemudian, apabila 
Badri mengusik Jamil tentang peluang tipis Jamil mendekati Nadira, Jamil
 membalas bahawa Badri bersikap kolot. Disebabkan tercabar kerana 
perbualan mereka didengar oleh Nadira, Jamil "membalas dendam" dengan 
mengatakan Badri antiperempuan. Marah mereka tidak lama apabila bertemu 
semula di kantin. Ketika ke tandas, Badri terserempak dengan Meng Kong 
yang sedang berurusan dengan lima orang murid lain. Mereka tergesa-gesa 
bersurai. Meng Kong juga cepat-cepat meninggalkan kantin demi terpandang
 Badri. Badri berasa hairan...
Nilai murni:  kasih sayang, kemesraan, ketegasan, disiplin diri
Persoalan:  kasih sayang sesama 
keluarga; kemesraan dalam komunikasi keluarga; ketegasan dalam 
pendirian; disiplin diri dalam       
kehidupan
kehidupan
Pengajaran:  kita hendaklah sayangkan keluarga
                 :  kita hendaklah mesra dalam komunikasi keluarga
                 :  kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu pendirian (yang benar)
                 :  kita hendaklah menjaga disiplin diri dalam kehidupan
kbkk:  peranan pengawas dalam menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang baik dan selesa (kondusif)
        :   ciri / kualiti kepimpinan seseorang pengawas
        :   kerjasama semua murid terhadap pengawas
        :   konsep pengawas yang disegani, bukan dihindari
 
