Thursday 9 August 2012

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 7 (m/s:92-111)

Watak utama:  Badri / pengawas sekolah / murid tingkatan 5
Watak lain:  Taufik / rakan sekelas Badri
                :  Siti Cahya Nadira
                :  Shahrul / murid tingkatan 5 Cergas / watak penentang kepada Badri

Latar tempat:  perpustakaan (ketika Taufik menghampiri Badri / Nadira duduk di sebelah Badri)

                   :  koridor sekolah (Shahrul muncul untuk menyekat Nadira / Badri menolong Nadira)

Latar masa:  sesi persekolahan pagi


Ringkasan bab



Hubungan Badri dengan Jamil menjadi dingin apabila Jamil menjauhkan diri. Taufik (watak penyibuk / kaki kepoh) cuba mencungkil rahsia, tetapi Badri menyimpannya dengan kemas. Sebaliknya, hanya Taufik yang menceritakan peristiwa Nadira disoal siasat setelah ditinggalkan oleh Shahrul tempoh hari. Badri simpati walhal Nadira tidak seperti bermusuhan. Selepas Taufik pergi, Badri pula terkejut kerana Nadira datang duduk di sebelahnya mahu memohon maaf dan mahu berkawan. Badri serba salah kerana dengan Siew Mei pun dia sengaja mengelak diri. Akhirnya mereka berjalan beriringan, tetapi Badri canggung. Shahrul menahan Nadira dan tidak peduli kepada Badri. Setelah Shahrul mendesak dan berkasar (mencengkam lengan Nadira), baharu Badri campur tangan. Shahrul mencabar Badri untuk bergaduh, tetapi Badri tidak berminat walaupun dia belajar silat dengan Pak Alang. Badri cuba berbahasa, tetapi Shahrul tetap sombong dan menuduh Badri dengki kepadanya dan cuba mempengaruhi Nadira. Nadira cemas dan meminta Badri tidak menyahut cabaran "gila" Shahrul. Demi Nadira menyuarakan kebimbangan Shahrul mungkin menyerang Badri,  Nadira sendiri yang terkedu dengan pertanyaan Badri, "Sejak bila pula kaufikirkan pasal aku?"...

Perwatakan:  suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)

Latar masyarakat:  masyarakat murid tingkatan 5

                          :  masyarakat pengawas sekolah
                          :  masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
                          :  masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
                          :  masyarakat yang berani
                          :  masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
                          :  masyarakat yang pemaaf
                          :  masyarakat yang prihatin
                          :  masyarakat yang angkuh

Nilai murni:  keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan


Persoalan:  keberanian berhadapan dengan kekasaran

               :  kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
               :  kemaafan terhadap orang kesalahan lain
               :  keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain

Pengajaran:  kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran

                 :  kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
                 :  kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
                 :  kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain

kbkk:  cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah

        :  peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
        :  kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan