Watak utama:  Badri / murid tingkatan 5 / pengawas sekolah
Watak pembantu:  Jamil (sahabat karib Badri / rakan subahat Meng Kong)
                          :  Nadira (rakan sekelas Badri / anak buah Mak Alang)
                          :  Siew Mei  (murid tingkatan 5 / adik Ah Meng / ”peminat” Badri)
Latar tempat:  kawasan sekolah  (Jamil menjerit memanggil nama Badri)
                   :  bilik pengawas  (Jamil membuat pengakuan kepada Badri) 
                   :  kantin sekolah  (Badri melayan permintaan Siew Mei untuk berbual)
Latar masa:  waktu sesi persekolahan pagi
                 :  petang  (Badri membatalkan niat ke pusat sumber kerana menurut ajakan Siew Mei)
Ringkasan bab
Tiba-tiba
 Jamil memekik nama Badri, lalu meminta untuk bercakap berdua sahaja. 
Jamil tidak dapat menyalahkan Badri apabila rakannya itu seakan 
menyindirnya yang tidak bertegur sapa sejak dua minggu. Badri terkejut 
apabila Jamil sendiri mencadangkan mereka bercerita di bilik pengawas. 
Sambil meminta maaf, Jamil menceritakan pembabitannya dalam urus niaga 
telefon bimbit curi Meng Kong yang berkesudahan dengan dirinya 
terperangkap. Meng Kong mengalih kesalahannya kepada Jamil, lalu ayah 
Meng Kong berjumpa dengan ayah Jamil untuk mengadu hal, tetapi tidak 
dilaporkan kepada polis dan sekolah. Tiada ganti rugi dituntut. Banyak 
perkara yang dibimbangkan oleh Jamil hingga dia tidak berani untuk 
berterus terang. Dia hanya berjaya meyakinkan ibu bapanya sendiri bahawa
 dia bukan pencuri sebenar.
Badri
 terus memberi nasihat dan mencadangkan supaya Jamil berjumpa dengan 
guru disiplin, Cikgu Jailani. Jamil memohon pengertian Badri supaya 
tidak berbuat demikian kerana dirinya mangsa keadaan apabila Meng Kong 
hanya menyelamatkan diri sendiri, Shahrul dan Kumar. Jamil menegaskan 
dia tidak pernah melakukan urus niaga kad prabayar dan telefon bimbit 
curi Meng Kong di sekolah. Badri berharap Jamil benar-benar insaf. Badri
 juga mengetepikan desakan Nadira supaya tidak peduli akan kegiatan Meng
 Kong, Shahrul dan Kumar kerana bimbang terhadap keselamatan Badri. 
Sebagai pengawas, dia bertegas mahu memberi kesedaran kepada mereka. 
Ketika
 hendak ke pusat sumber, Siew Mei muncul, lantas mengajak Badri berbual 
di kantin sambil menikmati minuman dan kuih. Badri masih kekok dengan 
murid perempuan, tetapi perasaan ingin tahu mengatasi segalanya. 
Rupa-rupanya Siew hendak meluahkan perasaan tentang Nadira, sambil 
menegur Badri yang dikatakan bergaduh dengan Shahrul kerana Nadira. 
Walaupun kaget, Badri tidak marah, bahkan kagum dengan kematangan Siew 
Mei memberi pendapat. Badri mengagak Siew Mei cemburu , tetapi dia akur 
sahaja dengan ”nasihat” Siew Mei tentang keutamaan belajar. ”Peluru” 
soalan Badri tentang sebab Siew Mei begitu mengambil berat tentang 
dirinya menyebabkan rona merah pada wajah Siew Mei, dan Siew Mei 
tergesa-gesa pergi. Badri hanya mampu menyesal... 
Perwatakan:  tegas / teguh pendirian (Badri)
                  :  pemaaf
                  :  berterus terang / jujur (Jamil, Siew Mei)
                  :  ambil berat / peka / prihatin  (Nadira, Siew Mei)
                  :  cemburu  (Siew Mei)
Latar masyarakat:  masyarakat murid sekolah
                          :  masyarakat yang tegas / teguh pendirian
                          :  masyarakat yang mudah memaafkan sahabat
                          :   masyarakat yang berterus terang / jujur
                          :   masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
                          :  masyarakat yang cemburu
Nilai murni:  ketegasan, kemaafan, terus terang / kejujuran, kepekaan / keprihatinan
Persoalan:  ketegasan dalam menyatakan pendirian / pendapat / pandangan
                  :  kemaafan  / jiwa besar dalam persahabatan
                  :  Terus terang / kejujuran dalam persahabatan / menyampaikan maklumat
                  :  Kepekaan / keprihatinan terhadap masalah rakan
                  :  Sikap cemburu dalam persahabatan
Pengajaran:  kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian / pandangan / pendapat
                     :  kita hendaklah memaafkan kesalahan rakan / berjiwa besar dalam persahabatan
                     :  kita hendaklah berterus terang / jujur dalam persahabatan / menyampaikan maklumat
                     :  kita hendaklah peka / prihatin terhadap masalah rakan
                     :  kita hendaklah cemburu bertempat / kita janganlah cemburu melulu
Kbkk:  konflik watak utama (Badri) terhadap perhatian dua murid perempuan (Nadira dan Siew Mei)
         :  kejutan  (perubahan sikap Jamil yang sudah dua minggu menjauhkan diri daripada Badri)
         :  setia kawan  (kesediaan Badri membantu Jamil keluar daripada masalah peribadi)
      :  keteguhan pendirian watak sampingan  (adakah Nadira akan terus membantu Badri atau kembali bersubahat dengan Shahrul?)
            :  watak utama terus menghadapi cabaran / dugaan (Badri terus mendapatkan maklumat terbaharu kegiatan murid nakal
 
