Watak utama: Badri (murid tingkatan 5 / pengawas sekolah)
Watak penentang / protagonis: Shahrul (murid tingkatan 5 / rakan subahat Meng Kong, Kumar / mat rempit)
: Meng Kong (penjual kad
prabayar / telefon bimbityang dicuri daripada kedai ayahnya sendiri)
: Kumar (rakan subahat Meng Kong, Shahrul)
Watak lain: Cikgu jailani (guru disiplin)
: Nadira (murid tingkatan 5 yang menjadi perhatian budak lelaki)
: Amir (pelanggan Meng Kong yang gagal menjelaskan hutang)
Latar tempat: rumah teres keluarga Shahrul
: kantin sekolah (Shahrul ternampak Badri makan sambil ditemani Nadira)
: padang sekolah (Amir asyik melihat kawan bermain, Shahrul menagih hutang)
: bilik guru (Amir disoal siasat oleh Cikgu Jailani)
: hadapan kelas (Shahrul melakukan tawar-menawar tentang menyimpan rahsia dengan Amir)
: tempat letak motosikal (Sharul beriringan dengan Kumar, Meng Kong sambil berbual tentang kes Amir)
Latar masa: sesi persekolahan waktu pagi
Ringkasan bab:
Perwatakan: tegas (Cikgu Jailani)
: banyak helah (Shahrul memberitahu dia berdendam kerana Badri merampas Nadira)
: bercakap dusta / suka berbohong (Amir memberi maklumat palsu kepada Cikgu Jailani)
: berhati-hati (Badri membiarkan Nadira mempertahankan diri daripada sindiran Shahrul di kantin)
: mudah berubah hati (Nadia mulai rapat dengan bekas "musuh"nya, Badri)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang banyak helah
: masyarakat yang bercakap dusta / suka berbohong
: masyarakat yang berhati-hati
: masyarakat yang mudah berubah hati
Nilai murni: ketegasan, kejujuran, cakap benar, hemah tinggi, istiqamah / tetap pendirian
Persoalan: ketegasan dalam siasatan / membuat keputusan / mengambil tindakan
kejujuran dalam memberi maklumat / komunikasi
cakap benar dalam siasatan / komunikasi
hemah tinggi dalam pergaulan
istiqamah / tetap pendirian dalam perkara kebaikan
Pengajaran: kita hendaklah tegas dalam melakukan penyiasatan / membuat keputusan / mengambil tindakan
kita hendaklah jujur dalam memberi maklumat / komunikasi
kita hendaklah bercakap benar dalam membantu penyiasatan / komunikasi
kita hendaklah berhemah tinggi dalam pergaulan
kita hendaklah istiqamah / tetap pendirian dalam perkara kebaikan
kbkk: batasan pergaulan murid sekolah
: kebijaksanaan watak utama dalam menghadapi konflik
Thursday, 9 August 2012
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 9 (m/s:124-129)
Watak utama: Badri (murid tingkatan 5, pengawas sekolah)
Watak protagonis / penentang: Meng Kong (menjual kad prabayar dan telefon bimbit curi)
: Shahrul (rakan subahat Meng Kong)
: Kumar (juga rakan subahat Meng Kong, Shahrul)
: Siew Mei (murid tingkatan 5, "peminat" Badri)
Latar tempat: Trek joging / taman permainan di tepi tasik berhampiran rumah Badri
Latar masa: awal pagi Ahad / hujung minggu
Ringkasan bab
Perwatakan: Berani (Badri)
: Tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah (Badri)
: Angkuh / berlagak hebat / sombong (Shahrul, Meng Kong, Kumar)
: ramah / berbudi bahasa (Siew Mei)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah
: masyarakat yang angkuh / berlagak hebat / sombong
: masyarakat yang ramah / berbudi bahasa
Nilai murni: keberanian, ketegasan / keteguhan pendirian, rendah diri / tawaduk, keramahan / budiman
Persoalan: keberanian dalam menegakkan pendirian / menjalankan tugas / menghadapi provokasi
: ketegasan / keteguhan pendirian dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
: sifat rendah diri / tawaduk dalam pergaulan / urusan dengan rakan
: keramahan / sifat budiman dalam komunikasi / persahabatan
kbkk: kebolehan watak utama dalam menghadapi konflik
: batasan pergaulan dalam kalangan murid sekolah

Badri meneruskan rutin joging tiap
hujung minggu. Selepas tiga pusingan, Badri berehat di pondok (wakaf)
yang disediakan. Tiba-tiba Badri ternampak Meng Kong, Shahrul dan Kumar
yang sedang berbincang sesuatu. Badri memasang telinga untuk mengumpul
bukti kegiatan tiga orang budak nakal sekolahnya itu. Mereka bercakap
tentang Jamil yang penakut dan perihal CCTV dipasang di kedai ayah Meng
Kong. Mereka bimbang tentang Badri, lebih-lebih lagi apabila Nadira mula
berbaik-baik dengannya. Urus niaga mereka di sekolah juga merosot
akibat pelbagai larangan dan pemeriksaan.
Setelah berpuas hati dengan
maklumat yang didengarnya, Badri keluar dari persembunyian dan menegur
mereka. Shahrul membentak Badri, lalu terus menyerang. Badri yang penuh
ilmu silat di dada bagai pendekar dengan mudah menewaskan Shahrul.
Shahrul cabut lari dengan memecut motosikal, diikuti oleh Meng Kong dan
Kumar.
Kebetulan, Siew Mei pula muncul
di situ. Dia gembira justeru Badri mendapat bukti tambahan untuk
dipanjangkan kepada Cikgu Jailani. Badri beriringan dengan Siew Mei ke
tempat letak basikal.
Perwatakan: Berani (Badri)
: Tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah (Badri)
: Angkuh / berlagak hebat / sombong (Shahrul, Meng Kong, Kumar)
: ramah / berbudi bahasa (Siew Mei)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang tegas / teguh pendirian / konsisten / istiqamah
: masyarakat yang angkuh / berlagak hebat / sombong
: masyarakat yang ramah / berbudi bahasa
Nilai murni: keberanian, ketegasan / keteguhan pendirian, rendah diri / tawaduk, keramahan / budiman
Persoalan: keberanian dalam menegakkan pendirian / menjalankan tugas / menghadapi provokasi
: ketegasan / keteguhan pendirian dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
: sifat rendah diri / tawaduk dalam pergaulan / urusan dengan rakan
: keramahan / sifat budiman dalam komunikasi / persahabatan
kbkk: kebolehan watak utama dalam menghadapi konflik
: batasan pergaulan dalam kalangan murid sekolah
Label:
BM
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 8 (m/s: 112-123)
Watak utama: Badri / murid tingkatan 5 / pengawas sekolah
Watak pembantu: Jamil (sahabat karib Badri / rakan subahat Meng Kong)
: Nadira (rakan sekelas Badri / anak buah Mak Alang)
: Siew Mei (murid tingkatan 5 / adik Ah Meng / ”peminat” Badri)
Latar tempat: kawasan sekolah (Jamil menjerit memanggil nama Badri)
: bilik pengawas (Jamil membuat pengakuan kepada Badri)
: kantin sekolah (Badri melayan permintaan Siew Mei untuk berbual)
Latar masa: waktu sesi persekolahan pagi
: petang (Badri membatalkan niat ke pusat sumber kerana menurut ajakan Siew Mei)
Ringkasan bab
Tiba-tiba
Jamil memekik nama Badri, lalu meminta untuk bercakap berdua sahaja.
Jamil tidak dapat menyalahkan Badri apabila rakannya itu seakan
menyindirnya yang tidak bertegur sapa sejak dua minggu. Badri terkejut
apabila Jamil sendiri mencadangkan mereka bercerita di bilik pengawas.
Sambil meminta maaf, Jamil menceritakan pembabitannya dalam urus niaga
telefon bimbit curi Meng Kong yang berkesudahan dengan dirinya
terperangkap. Meng Kong mengalih kesalahannya kepada Jamil, lalu ayah
Meng Kong berjumpa dengan ayah Jamil untuk mengadu hal, tetapi tidak
dilaporkan kepada polis dan sekolah. Tiada ganti rugi dituntut. Banyak
perkara yang dibimbangkan oleh Jamil hingga dia tidak berani untuk
berterus terang. Dia hanya berjaya meyakinkan ibu bapanya sendiri bahawa
dia bukan pencuri sebenar.
Badri
terus memberi nasihat dan mencadangkan supaya Jamil berjumpa dengan
guru disiplin, Cikgu Jailani. Jamil memohon pengertian Badri supaya
tidak berbuat demikian kerana dirinya mangsa keadaan apabila Meng Kong
hanya menyelamatkan diri sendiri, Shahrul dan Kumar. Jamil menegaskan
dia tidak pernah melakukan urus niaga kad prabayar dan telefon bimbit
curi Meng Kong di sekolah. Badri berharap Jamil benar-benar insaf. Badri
juga mengetepikan desakan Nadira supaya tidak peduli akan kegiatan Meng
Kong, Shahrul dan Kumar kerana bimbang terhadap keselamatan Badri.
Sebagai pengawas, dia bertegas mahu memberi kesedaran kepada mereka.
Ketika
hendak ke pusat sumber, Siew Mei muncul, lantas mengajak Badri berbual
di kantin sambil menikmati minuman dan kuih. Badri masih kekok dengan
murid perempuan, tetapi perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.
Rupa-rupanya Siew hendak meluahkan perasaan tentang Nadira, sambil
menegur Badri yang dikatakan bergaduh dengan Shahrul kerana Nadira.
Walaupun kaget, Badri tidak marah, bahkan kagum dengan kematangan Siew
Mei memberi pendapat. Badri mengagak Siew Mei cemburu , tetapi dia akur
sahaja dengan ”nasihat” Siew Mei tentang keutamaan belajar. ”Peluru”
soalan Badri tentang sebab Siew Mei begitu mengambil berat tentang
dirinya menyebabkan rona merah pada wajah Siew Mei, dan Siew Mei
tergesa-gesa pergi. Badri hanya mampu menyesal...
Perwatakan: tegas / teguh pendirian (Badri)
: pemaaf
: berterus terang / jujur (Jamil, Siew Mei)
: ambil berat / peka / prihatin (Nadira, Siew Mei)
: cemburu (Siew Mei)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat yang tegas / teguh pendirian
: masyarakat yang mudah memaafkan sahabat
: masyarakat yang berterus terang / jujur
: masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
: masyarakat yang cemburu
Nilai murni: ketegasan, kemaafan, terus terang / kejujuran, kepekaan / keprihatinan
Persoalan: ketegasan dalam menyatakan pendirian / pendapat / pandangan
: kemaafan / jiwa besar dalam persahabatan
: Terus terang / kejujuran dalam persahabatan / menyampaikan maklumat
: Kepekaan / keprihatinan terhadap masalah rakan
: Sikap cemburu dalam persahabatan
Pengajaran: kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian / pandangan / pendapat
: kita hendaklah memaafkan kesalahan rakan / berjiwa besar dalam persahabatan
: kita hendaklah berterus terang / jujur dalam persahabatan / menyampaikan maklumat
: kita hendaklah peka / prihatin terhadap masalah rakan
: kita hendaklah cemburu bertempat / kita janganlah cemburu melulu
Kbkk: konflik watak utama (Badri) terhadap perhatian dua murid perempuan (Nadira dan Siew Mei)
: kejutan (perubahan sikap Jamil yang sudah dua minggu menjauhkan diri daripada Badri)
: setia kawan (kesediaan Badri membantu Jamil keluar daripada masalah peribadi)
: keteguhan pendirian watak sampingan (adakah Nadira akan terus membantu Badri atau kembali bersubahat dengan Shahrul?)
: watak utama terus menghadapi cabaran / dugaan (Badri terus mendapatkan maklumat terbaharu kegiatan murid nakal
Label:
BM
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 7 (m/s:92-111)
Watak utama: Badri / pengawas sekolah / murid tingkatan 5
Watak lain: Taufik / rakan sekelas Badri
: Siti Cahya Nadira
: Shahrul / murid tingkatan 5 Cergas / watak penentang kepada Badri
Latar tempat: perpustakaan (ketika Taufik menghampiri Badri / Nadira duduk di sebelah Badri)
: koridor sekolah (Shahrul muncul untuk menyekat Nadira / Badri menolong Nadira)
Latar masa: sesi persekolahan pagi
Ringkasan bab
Perwatakan: suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)
Latar masyarakat: masyarakat murid tingkatan 5
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
: masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
: masyarakat yang pemaaf
: masyarakat yang prihatin
: masyarakat yang angkuh
Nilai murni: keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan
Persoalan: keberanian berhadapan dengan kekasaran
: kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
: kemaafan terhadap orang kesalahan lain
: keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
Pengajaran: kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran
: kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
: kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
: kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
kbkk: cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah
: peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
: kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan

Hubungan Badri dengan Jamil menjadi dingin apabila Jamil menjauhkan diri. Taufik (watak penyibuk / kaki kepoh)
cuba mencungkil rahsia, tetapi Badri menyimpannya dengan kemas.
Sebaliknya, hanya Taufik yang menceritakan peristiwa Nadira disoal
siasat setelah ditinggalkan oleh Shahrul tempoh hari. Badri simpati
walhal Nadira tidak seperti bermusuhan. Selepas Taufik pergi, Badri pula
terkejut kerana Nadira datang duduk di sebelahnya mahu memohon maaf dan
mahu berkawan. Badri serba salah kerana dengan Siew Mei pun dia sengaja
mengelak diri. Akhirnya mereka berjalan beriringan, tetapi Badri
canggung. Shahrul menahan Nadira dan tidak peduli kepada Badri. Setelah
Shahrul mendesak dan berkasar (mencengkam lengan Nadira), baharu Badri
campur tangan. Shahrul mencabar Badri untuk bergaduh, tetapi Badri tidak
berminat walaupun dia belajar silat dengan Pak Alang. Badri cuba
berbahasa, tetapi Shahrul tetap sombong dan menuduh Badri dengki
kepadanya dan cuba mempengaruhi Nadira. Nadira cemas dan meminta Badri
tidak menyahut cabaran "gila" Shahrul. Demi Nadira menyuarakan
kebimbangan Shahrul mungkin menyerang Badri, Nadira sendiri yang
terkedu dengan pertanyaan Badri, "Sejak bila pula kaufikirkan pasal
aku?"...
Perwatakan: suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)
Latar masyarakat: masyarakat murid tingkatan 5
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
: masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
: masyarakat yang pemaaf
: masyarakat yang prihatin
: masyarakat yang angkuh
Nilai murni: keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan
Persoalan: keberanian berhadapan dengan kekasaran
: kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
: kemaafan terhadap orang kesalahan lain
: keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
Pengajaran: kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran
: kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
: kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
: kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
kbkk: cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah
: peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
: kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan
Label:
BM
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 6 (m/s:74-91)
Watak utama: Nadira / murid tingkatan 5 Cempaka / pindah daripada Kedah
Watak lain: Nurul Ain, 19 / kakak Nadira / pelajar kolej swasta
: ibu Nadira / bersikap liberal
: Shahrul / murid tingkatan 5 / rakan subahat Meng Kong, Kumar / anggota kumpulan mat rempit
: Aziz / mat rempit / kawan Shahrul / pemuda dewasa
: lelaki pemandu kereta mewah / cuba mengurat Nadira / berlalu apabila Shahrul muncul
: anggota polis wanita / yang pertama menyoal siasat Nadira
: anggota polis lelaki / yang meminta kad pengenalan Nadira
: Badri (secara imbas kembali oleh Nadira)
Latar tempat: rumah keluarga Nadira
: perpustakaan sekolah
: perhentian teksi
: restoran makanan Barat
: tasik di pinggir kota
: gerai menjual air berhampiran tasik
Latar masa: hari Sabtu / 8 pagi
: habis waktu persekolahan (imbas kembali Nadira akan pertemuannya dengan Badri di perpustakaan)

Nurul Ain menegur Nadira yang
kelihatan tergesa-gesa hendak keluar rumah dengan pakaian yang
keterlaluan / kurang sopan (seluar jean ketat / baju senteng) sebagai
budak sekolah dan anak Melayu. Nadira hanya ketawa sinis dan menganggap
kakaknya itu ketinggalan zaman, sedangkan ibu mereka sendiri memberi
kebebasan. Nadira menunggu Shahrul di hentian teksi. Akibat kebiasaan
Shahrul tidak menepati masa, Nadira bagai barang pameran dan diganggu
oleh lelaki mata keranjang, termasuk seorang pemandu kereta merah yang
hanya berlalu apabila Shahrul muncul. Nadira marah, tetapi reda apabila
Shahrul memberi alasan palsu bahawa dia menghantar adiknya ke kelas
tambahan.
Semasa membonceng motosikal
Shahrul, Nadira teringat peristiwa dia memenuhi permintaan Badri untuk
bertemu di perpustakaan. Nadira beranggapan Badri sengaja membuat
tuduhan tanpa bukti terhadap Shahrul. Nadira tidak percaya Shahrul
terlibat dengan kes menjual telefon bimbit di sekolah kerana dia anak
orang senang. Nadira tidak makan nasihat Badri, sebaliknya menyindir
Badri sebagai cemburu. Nadira melabel Badri umpama gagak yang langsung
tiada harga dan Shahrul kapal terbang, tetapi Badri hanya mengucapkan
terima kasih, serta meminta Nadira berfikir semula tentang kata-katanya.
Ternyata hujah Badri sangat menyengat.
Shahrul mengamuk demi mendengar
cerita Nadira dan berazam untuk membalas dendam. Shahrul membawa Nadira
masuk ke restoran makanan Barat. Usai makan tiga pasang kawan Shahrul
yang mengajak Shahrul merempit. Tiba di tepi tasik, Aziz mengajak
Shahrul berlumba malam itu, tetapi Shahrul memberi alasan dia masih
bersekolah. Nadira resah dan mahu pulang, tetapi Shahrul memberi jaminan
untuk melindungi Nadira. Aziz yang mula menjeling Nadira tiba-tiba
meluru ke arah motosikal bersama kawan lain demi ternampak kelibat
polis. Shahrul juga menyelamatkan diri. Nadira tinggal sendirian dan
terus disoal siasat oleh seorang polis wanita dan seorang polis lelaki.
Nadira berasa sangat kesal dan takut, tetapi lega kerana polis hanya
menghantarnya pulang ke rumah.
Polis wanita menjelaskan kepada
ibu Nadira bahawa anak gadisnya itu mungkin tidak tahu akibat bergaul
dengan mat rempit yang kadang-kadang terlibat dengan jenayah. Nurul Ain
memulangkan paku buah keras. Ibu Nadira mahu Nadira akur akan nasihat
Ain. Nadira sedar dia silap dan terus berkurung di dalam bilik kerana
selera makannya hilang...
Perwatakan: bertanggung jawab / peka / prihatin (Nurul Ain, Badri)
: berkelakuan bebas lepas (Nadira, Shahrul, Aziz)
: tegas (anggota polis)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat pelajar kolej swasta
: masyarakat anggota polis
: masyarakat pelumba haram / mat rempit
: masyarakat yang bertanggung jawab / peka / prihatin
: masyarakat yang berkelakuan bebas lepas / liar
: masyarakat yang tegas
Nilai murni: tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan, ketegasan
Persoalan: Tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
: Ketegasan dalam tugas / menjalankan amanah
Pengajaran: Kita hendaklah bertanggung jawab / peka / prihatin terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
: Kita hendaklah tegas dalam menjalankan tugas / amanah
kbkk: peranan ibu bapa dalam mendidik / memupuk / mengawal sahsiah / tingkah laku anak masing-masing
: batasan pergaulan remaja / murid sekolah berlainan jantina
: langkah membendung kegiatan lumba haram
Label:
BM
Tuesday, 7 August 2012
Jadual Peperikasaan Percubaan PMR Pahang 2012
Hari/Tarikh
|
10 OGOS 2012 (
JUMAAT )
|
||
Waktu
|
Perkara/Mata
Pelajaran
|
Masa
|
Jenis Kertas
|
8.00
– 10.30pg
|
Bahasa
Arab
|
2 jam 30minit
|
Subjektif
|
8.00
- 9.00pg
|
Bahasa
Tamil Kertas 1
|
1
jam
|
Objektif
|
Bahasa
Cina Kertas 1
|
1
jam
|
Objektif
|
|
9.30
– 11.30pg
|
Bahasa
Tamil Kertas 2
|
2
jam
|
Subjektif
|
Bahasa
Cina Kertas 2
|
2
jam
|
Subjektif
|
|
Hari/Tarikh
|
13 OGOS 2012 (
ISNIN )
|
||
Waktu
|
Perkara/Mata
Pelajaran
|
Masa
|
Jenis Kertas
|
8.00
-9.00pg
|
Bahasa
Melayu Kertas 1
|
1 jam
|
Objektif
|
9.15
– 11.15pg
|
Bahasa
Melayu Kertas 2
|
2
jam
|
Subjektif
|
11.45
-1.00th
|
Sejarah
|
1
jam 15 minit
|
Objektif
|
Hari/Tarikh
|
14 OGOS 2012 (
SELASA )
|
||
8.00
-10.00pg
|
Pendidikan
Islam
|
2
jam
|
Subjektif
|
10.20
-11.20pg
|
Bahasa
Inggeris Kertas 1
|
1
jam
|
Objektif
|
11.30pg-1.00th
|
Bahasa
Inggeris Kertas 2
|
1
jam 30 minit
|
Subjektif
|
Hari/Tarikh
|
15 OGOS 2012
(RABU)
|
||
8.00
– 9.15pg
|
Matematik
Kertas 1
|
1
jam 15 minit
|
Objektif
|
9.45
– 11.30pg
|
Matematik
Kertas 2
|
1
jam 45 minit
|
Subjektif
|
11.45pg-
1.00th
|
Geografi
|
1
jam 15 minit
|
Objektif
|
Hari/Tarikh
|
16 OGOS 2012 (
KHAMIS)
|
||
8.00
– 9.30pg
|
Kemahiran
Hidup Bersepadu
|
1
jam 30 minit
|
Objektif
|
10.00
– 11.00pg
|
Sains
Kertas 1
|
1
jam
|
Objektif
|
11.15pg
-12.45th
|
Sains
Kertas 2
|
1
jam 30 minit
|
Subjektif
|
Wednesday, 1 August 2012
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 4 & 5 (m/s:58-64, 65-73)
Ringkasan bab 4
Watak utama / protagonis: Badri (pengawas sekolah)
Watak penentang / antogonis: Kumar, Meng Kong, Shahrul (kumpulan murid nakal)
Latar tempat: sebuah pusat boling } di sebuah pasar raya
: restoran makanan Barat }
Latar masa: petang
Kumar
tiba kemudian sedikit daripada Meng Kong dan Shahrul di pusat boling.
Kumar kelihatan muram dan enggan bermain boling. Shahrul lalu mengajak
mereka makan dan Meng Kong akan membelanja mereka stik. Kumar nyata maih
begitu marah kepada Badri ekoran peristiwa telefon bimbit miliknya
dirampas oleh Cikgu Jailani. Meng Kong berjanji untuk mengganti telefon
itu dengan set yang baharu sebagai balasan kepada Kumar yang tidak
membocorkan rahsia kegiatan mereka di sekolah. Kumar menganggap Badri
sebagai penghalang urus niaga mereka. Nadira juga dimasukkan sebagai
sasaran baharu mereka walaupun Shahrul rapat dengannya. Meng Kong
mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya, lalu dijual kepada murid secara
ansuran. Shahrul yang menerima panggilan Nadira meninggalkan mereka
sebentar. Kemudian, Shahrul memberitahu bahawa Nadira mengajaknya makan
dan berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.
Ringkasan bab 5
Watak utama: Badri
Watak lain: Jamil / kawan sekelas / kawan rapat Badri
: Siew Mei / murid tingkatan 5 yang meletak nota untuk berjumpa
: Ah Meng / abang Siew Mei / pekerja di kedai telefon bimbit milik ayah Meng Kong
Latar tempat: restoran makanan segera
Latar masa: petang
Jamil yang balik awal daripada gerai ibunya ternampak Badri dengan Siew Mei, lantas mengusik Badri sebagai romeo (mata keranjang). Kebetulan maklumat Siew Mei tadinya ada kaitan dengan dengan sikap curang Jamil, iaitu bersekongkol dengan kumpulan Meng Kong, Kumar dan Shahrul. Badi mengajak Jamil ke restoran makanan segera yang sama, lalu terus melepaskan "peluru" tentang tembelang yang disimpan oleh Jamil selama ini. Jamil terkedu, enggan makan dan sebaliknya terus pergi dengan rasa malu. Badri menganggap tindakan Jamil itu bagai satu pengakuan. Siew Mei mendedahkan semua kegiatan Meng Kong kerananya abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong. Kehilangan telefon bimbit, aksesori dan kad prabayar semuanya dicatat oleh Ah Meng. Siew Mei merayu Jamil supaya membantu Ah Meng kerana dia tempat bergantung keluarga mereka. Namun, mereka mesti mengumpul bukti. Badri akan mendesak Jamil supaya memberi maklumat yang diperlukan, serta berhenti berurus niaga secara haram itu. Tiba-tiba Badri akan Nadira (anak buah Mak Alang, isteri bapa saudaranya) yang mungkin diperangkap oleh Shahrul, tetapi sikap Nadira yang angkuh sukar untuk diubah. Jalan akhir yang difikirkan oleh Badri untuk menyelamatkan Nadira ialah memberitahu Mak Alang. Badri tidak mahu diburu perasaan bersalah kerana tidak berbuat apa-apa...

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 3 (m/s: 39-57)
Watak utama / antagonis: Badri
Watak penentang / protagonis: Kumar / murid tingkatan 5 Maju
Watak lain: Nadira / murid baharu / anak buah Mak Alang
: Bob / rakan subahat Kumar
: Meng Kong / rakan subahat Kumar / Shahrul
: Ah Chun / rakan sekelas Badri
: Selva / rakan sekelas Badri
: Jamil / kawan rapat / rakan sekelas Badri
: Cikgu Jailani / guru disiplin
: Siew Mei / murid tingkatan 5 / adik Ah Meng (pekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong)
Latar tempat: kantin sekolah (Badri menangkap Kumar, berbual dengan rakan)
: perhentian bas (dirempuh oleh Bob, konco Kumar)
: pasar raya (Badri menunggu Siew Mei seperti dalam nota)
: restoran makanan segera (Badri mendengar cerita Siew Mei)
Latar masa: sesi persekolahan pagi
: petang
Ringkasan bab
Rentetan peristiwa Badri dianiaya di tandas, Cikgu Jailani mengrahkan pengawasn ketat hingga kelibat Meng Kong tidak kelihatan pada waktu rehat. Namun, Badri terserempak dengan suspek dengan tanda lahir di leher, Kumar yang kebetulan tidak memakai lencana dan tanda nama. Ketika dibawa berjumpa Cikgu Jailani, sekali lagi Kumar terperangkap (kantoi - bahasa pasar) apabila telefon bimbit dalam kocek seluarnya bergetar. Badri kemudian mendapat maklumat tentang kegiatan Kumar bersama Meng Kong dan Shahrul apabila berbual dengan rakan sekelas, Ah Chun dan Selva. Mereka syak bahawa Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah, tetapi tidak cukup bukti.
Sementara itu, Jamil kelihatan gelisah dan aneh. Jamil kemudian seolah-olah jurucakap Kumar yang meminta Badri tidak terlalu memerhatikan Meng Kong, tetapi Badri menafikannya kerana perkara itu kebetulan sahaja. Badri cuba menebak perkara yang cuba disembunyikan oleh Jamil, tetapi tidak sempat, malah ketika pula Jamil tergesa-gesa pergi. Sebaliknya, Badri seperti diberi amaran oleh Nadira supaya pandai menjaga mulut dan terus dilabel (dicap) sebagai tukang lapor (kepada Mak Alang).
Di perhentian bas, Badri dirempuh dengan kuat (oleh Bob) hingga dia tersungkur dan beg sekolahnya tercampak. Nadira ketawa mengejek, manakala Kumar yang sengaja mencari gara-gara mengajak Bob berlalu sambil ketawa terbahak-bahak. Badri bertekad untuk melawan dan terus melaksanakan amanah tanpa menggunakan kekerasan. Ketika turun daripada bas, baru Badri perasan ada kertas kecil telah diselitkan dalam saku seluarnya. Nota itu hanya menghendaki dia pergi ke sebuah pasar raya pada pukul 4.00 petangnya.
Rasa ingin tahu menyebabkan Badri akur dengan nota tadi. Setelah 15 minit, ada suara seorang gadis yang tidak dikenalinya, memperkenalkan diri sebagai murid tingkatan 5. Siew Mei ingin meluahkan perkara penting dan rahsia. Mereka ke restoran makanan segera di situ, lalu Siew Mei mengatakan dia tahu peristiwa yang menimpa Badri.

Perwatakan: amanah, tegas (Badri), berdendam, nakal (Kumar), suka menyindir (Nadira), kurang setia kawan (Jamil)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat yang amanah
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang berdendam
: masyarakat yang nakal
: masyarakat yang suka menyindir / mengejek
: masyarakat yang kurang setia kawan
Nilai murni: amanah, ketegasan, setia kawan, pemaaf, kepatuhan / ketaatan, berbudi bahasa / kesopanan, kesetiakawanan
Persoalan: Amanah dalam menjalankan kewajipan
: Ketegasan dalam menegakkan kebenaran / peraturan
: Perbuatan membalas dendam
: Kenakalan segelintir murid sekolah
: Pertuturan mencerminkan sikap seseorang
: Setia kawan dalam persahabatan
Pengajaran: Kita hendalah amanah dalam menjalankan sesuatu kewajipan
: Kita hendaklah tegas dalam menegakkan kebenaran / peraturan
: Kita hendaklah bersikap pemaaf
: Kita hendaklah mematuhi peraturan sekolah
: Kita hendaklah menjaga pertuturan
: Kita hendaklah menjaga setia kawan dalam persahabatan
kbkk: Watak utama sesebuah novel digambarkan sebagai seorang yang gigih. Bincangkan pernyataan ini.
Label:
BM
Analisis Novel Merenang Gelora Bab 2 (m/s:20-38)
Watak utama / protagonis: Badri
Watak lain : Jamil / rakan baik Badri
: Nadira
: Cikgu Jailani / guru disiplin
: Mak Siti / ibu Badri
: Shahrul
: murid tingkatan 5 yang ada tanda lahir
: Mak Alang
Latar tempat : tandas murid
: kelas
: bilik guru
: perpustakaan
: rumah Badri
: bandaraya Kuala Lumpur / gerai
: rumah Pak Alang
Latar masa : sesi pagi persekolahan, petang, 2 minggu setelah menjadi pengawas

Badri melakukan muhasabah (penilaian
kendiri, introspektif) tentang matlamat dirinya dalam pelajaran, serta
peranan sebagai anak kepada pasangan pegawai kerajaan dan suri rumah
yang hidup sederhana. Badri rela dianggap kolot kerana tidak terpengaruh
dengan pergaulan bebas atau lepak. Ajakan Jamil untuk melepak di
Mastika Mall ditolak dengan alasan lebih baik dia membantu ibunya kalau
sekadar untuk menghilangkan tekanan (stres). Entah macam mana mereka
boleh rapat dengan prinsip hidup yang berbeza. Sedang Badri mengelamun,
motosikal Shahrul meluncur ke kawan sekolah.
Hari itu kebetulan Badri sakit
perut dan berulang-alik ke tandas. Di situ, dia disiram dengan air
daripada mangkuk tandas. Pelaku (suspek) lari, tetapi Badri kemudian
teringat tanda leher pada budak India tingkatan 5 itu. Badri terus ke
kelas, tetapi terus disindir oleh Nadira. Badri hairan bahawa begitu
cepat Nadira tahu. Tiba-tiba Jamil pula muncul dan membuat andaian Badri
sebagai mangsa balas dendam budak tingkatan 2 yang ditangkap ponteng
kelas. Jamil juga cuba mempengaruhi Badri supaya tidak mencampuri urusan
murid lain kerana mungkin hal itu menyakitkan hati mereka. Badri
sebaliknya mempertahankan tanggungjawab pengawas untuk membantu pihak
sekolah supaya mematuhi disiplin.
Jamil juga terperangkap dengan soalan Badri akan sebab dia tahu Badri berada di kelas. Jamil mengatakan cerita itu tersebar di kantin, tetapi dia mengelak daripada menyebut nama sesiapa. Badri bingkas ke bilik guru bertemu Cikgu Jailani. Badri disuruh pulang menukar baju.Di rumah, Badri membuat helah kepada ibunya, Mak Siti bahawa dia terjatuh lopak . pada sebelah petang Badri ke perpustakaan, tetapi dia gagal memberi tumpuan. Dia keluar merayau-rayau di bandar tanpa tujuan khusus. Setelah minum teh O ais di gerai, Badri ternampak Nadira membonceng motosikal Shahrul. Kemudian, Badri menuju rumah Pak Alang, bapa saudaranya. Rupa-rupanya ada tetamu. Badri terkejut kerana tetamu itu ialah Nadira, anak buah Mak Alang. Nadira resah, tetapi Badri puas...
Perwatakan: tegas (Badri)
: bijak
: amanah
: setia kawan
: tidak ambil kisah (Jamil)
: nakal (Shahrul)
: jati diri (tidak diamalkan oleh Nadira yang terbabit dengan pergaulan bebas)
Nilai murni: ketegasan, kebijaksanaan, kejujuran, kesetiakawanan, keprihatinan, disiplin diri
Persoalan: Ketegasan berpegang kepada prinsip
: Kebijaksanaan dalam membaca muslihat / meneka fikiran orang lain
: Amanah dalam tugas
: Kesetiakawanan dalam masa susah dan senang (Jamil menyembunyikan sesuatu)
: Keprihatinan terhadap masa depan / berpandangan jauh dalam belajar
: Jati diri dalam pergaulan
Pengajaran: kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu prinsip
: kita hendaklah bijak dalam menangkap maksud tersirat dalam komunikasi
: kita hendaklah amanah dalam tugas
: kita hendaklah bersikap setia kawan sepanjang masa
: kita hendaklah prihatin terhadap pencapaian masa hadapan / hari muka
: kita hendaklah memiliki jati diri / akhlak dalam pergaulan / komunikasi
kbkk: perlindungan terhadap pengawas daripada tindak balas murid bermasalah disiplin
: kempen rakan pengawas (seperti rakan polis)
: melarang hubungan cinta / pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah

Subscribe to:
Posts (Atom)