Thursday, 5 July 2012

Kesalahan Umum Frasa Nama

a. Kesalahan hukum D-M
   
    - Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa
      nama dapat dibentuk.
    - D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
    - M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
    - Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama
      jawatan.

      Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati (salah)
      Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati (betul)
 
 
b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;

    - Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa
      maksud banyak
     
      Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera (salah)
      Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera (beul)
 
 
    - Kata nama/ frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan
      berentak/kata nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak
      boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.
     
      Di daerah ini banyak bukit-bukau (salah)
      Di daerah ini banyak bukit (betul)
 
    
    - Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu
      diulang.
     
      Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya (salah)
      Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya (bettul)
 
 
    - Kata nama/ frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
      makna/ kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.
 
      Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah (salah)
      Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah (betul)
 
 
    - Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama
      ada sebahagian atau keseluruhannya.
 
      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama (salah)
      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama (beul)
 
 
    - Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
      membawa maksud jamak.
    
      Mereka-mereka itu ialah kawan saya (salah)
      Mereka itu ialah kawan saya (betul)
 
 
    - Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
      terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.
      Baju-baju itu cantik-cantik belaka (salah)
      Baju-baju itu cantik belaka (betul)
      Baju itu cantik-cantik belaka (betul)