Tuesday, 17 July 2012

Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan

 
 
a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta dan sambil berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala
    kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali dan malahan berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya membawa maksud
    pertentangan dua maklumat.
   
    Faezah diam dan bijak berpidato (salah)
    Faezah diam tetapi bijak berpidato (betul)
    
 
b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung
    sambil atau serta.
     
    Dia berbaring dengan membaca majalah itu (salah)
    Dia berbaring sambil membaca majalah itu (betul)
 
c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka
    kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.
  
    Dia ke sekolah atau tempat lain (salah)
    Dia ke sekolah atau ke tempat lain (betul)
 
 
d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang
    membawa maksud pertentangan.
    Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh (salah)
    Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh (betul)
 
 
e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung atau
    dalam ayat majmuk gabungan.
     Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti (salah)
     Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti (betul_