Sunday 28 July 2013

Watak dan Perwatakan : Novel KOMSAS Tingkatan 2 (Lestari Bukit Menghijau)

Novel Tingkatan 2 –  Lestari Bukit Menghijau.

Soalan 1:

PERSOALAN – CINTAI ALAM SEKITAR.

Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan di atas?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan cintai alam sekitar dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama, Cikgu Isham memperkenalkan amalan kitar semula seperti memperkenalkan tong sampah kitar semula untuk mengelak pencemaran alam sekitar.

            Selain itu, peristiwa Pak Tua memarahi Zahiran yang mahu menebang pokok bunga cempaka dan Lebai Jusoh yang mahu menebang pokok kacang kelor kerana pokok-pokok yang hendak ditebang itu mengandungi khasiat perubatan.

            Akhir sekali, peristiwa Pak Tua mencadangkan agar diadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran Kampung Alor Rambai supaya dapat menghapuskan pembiakan serangga berbahaya seperti nyamuk.

 

Soalan 2:

NILAI- KEGIGIHAN

Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah Pak Tua menjaga kelestarian Bukit Bintangor sehingga dia mati.

            Selain itu, peristiwa Pak Tua bergotong-royong dengan penduduk kampong dan menubuhkan tabung derma untuk Pak Hamid.

            Akhir sekali, peristiwa Zahiran gigih mengulang kaji pelajaran bersama Pak Tua di pondok Pak Tua.

 

Soalan 3:

NILAI – KEBERANIAN.

Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Terdapat banyak  peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama, Zahiran berani mendekati Pak Tua kerana dia yakin bahawa Pak Tua orang yang baik, tidak seperti yang diperkatakan oleh orang kampungnya.

            Selain itu, peristiwa yang berkaitan ialah Zahiran berjalan ke pondok Pak Tua berseorangan dengan hati yang berdebar.

            Akhir sekali, peristiwa Pak Tua memarahi Zahiran dan Lebai Jusoh yang ingin menebang pokok yang mengandungi banyak khasiatnya.

 

Soalan 4:

NILAI – KASIH SAYANG

Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Terdapat banyak  peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah Zahiran ikhlas menolong Pak Tua menukar tayar jipnya walaupun dia ditengking oleh Pak Tua.

            Selain itu, peristiwanya ialah Pak Tua berusaha mencari penawar bagi virus HIV yang dihidapi oleh isterinya kerana Pak Tua sayang akan isterinya.

            Akhir sekali, peristiwa yang berkaitan ialah Pak Tua membawa Hamzah ke hospital kerana disyaki menghidap demam kuning

 

Soalan 5

PERWATAKAN WATAK UTAMA – ZAHIRAN SEORANG YANG BERANI.

Berdasarkan novel “Lestari Bukit Menghijau”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Watak utama dalam novel ini ialah Zahiran . Zahiran digambarkan seorang yang berani.

            Peristiwa yang pertama ialah Zahiran menawarkan diri untuk menolong Pak Tua walaupun dia pernah ditengking oleh Pak Tua.

            Selain itu, peristiwa yang berkaitan ialah Zahiran menasihati penduduk kampung agar jangan mudah mempercayai fitnah orang.

            Akhir sekali, peristiwa Zahiran mempunyai keyakinan diri bersandarkan fikirannya sendiri. Dia tidak bimbang untuk berbaik-baik dengan Pak Tua walaupun orang kampong mengatakan bahawa Pak Tua jahat atau gila.

 

Soalan 6:

PERWATAKAN WATAK UTAMA – ZAHIRAN SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Berdasarkan novel “Lestari Bukit Menghijau”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Watak utama dalam novel ini ialah Zahiran. Zahiran digambarkan seorang yang gigih.

            Peristiwa yang pertama yang menggambarkan Zahiran gigih ialah semasa mencari burung untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh Cikgu Idham.

            Selain itu, peristiwa Zahiran gigih dan berusaha untuk menyatakan kebenaran tentang diri Pak Tua yang sebenarnya.

            Akhir sekali, ketika Zahiran gigih belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR

 

Soalan 7:

PERBANDINGAN WATAK

-WATAK UTAMA ZAHIRAN

-WATAK SAMPINGAN PAK TUA

Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?

            Novel yang saya kaji ialah “Lestari Bukit Menghijau”. Terdapat banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.

            Perbandingan yang pertama ialah Zahiran merupakan anak jati Kampung Alor Rambai manakala Pak Tua pula bukanlah seorang anak jati Kampung Alor Rambai.

            Selain itu, Zahiran telah kematian ayah kandungnya manakala Pak Tua telah kematian isterinya dan kedua-dua anak-anaknya.

            Akhir sekali, Zahiran seorang yang peramah dan suka bergaul dengan orang kampung manakala Pak Tua tidak begitu rapat dan kurang rapat dengan orang kampung.