Wednesday, 18 July 2012

Penanda Wacana (2)


iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

Penanda Wacana (1)


Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

Tuesday, 17 July 2012

Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Pendahuluan

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas.  Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan.  Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik.  Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.

 

  Minat terhadap apa yang dipelajari

Ini adalah syarat yang pertama.  Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati.  Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang yelah dipelajari.

 

  Belajar dengan tujuan untuk mengingat

Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham.  Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari.  Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan.  Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh deria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.

 

  Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar

Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting.  Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan.  Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda.  Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.

 

  Fahami dahulu sebelum mengingat

Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat tersebut disimpan dalam ingatan.

 

  Mengingati fakta dalam satu rangkaian

Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain.  Ingatan menjadi lebih mudah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

 

  Latih tubi dan ulang berkali-kali

Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang.  Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan.

 

  Menilai kembali apa yang dipelajari

Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari.  Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan.  Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah.  Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.

 

  Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari

Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipelajari.  Oleh itu, anda perlulah  :

- Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.  Contohnya,

  mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta

  yang diketahui.

 

  Nombor telefon  :  5776242

  Boleh dipecahkan kepada 57-76-242

  Boleh diingat sebagai   :

                                     -  Tahun kemerdekaan Malaysia  (57)            

                                     -  Umur nenek  (76)

                                     -  Nombor rumah  (242)         

 

- Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang

  senang dikenali.  Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan

  mengingatkan fakta.

 

 - Kaedah-kaedah lain  :

 

     1.  Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk

          mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri).

          Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti  :

            -  Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.

            -  Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut  :

               Kalau Basi Jangan Makan, Sakit!

 

     2.  Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang

          perlu diingati).  Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti 

          INTAN, KEJORA dan sebagainya.

 

  Rumusan

Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran.  Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar.  Kemahiran-kemahiran belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.

 

Apa yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya haruslah memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan untuk menuju ke arah itu.  Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah mempunyai peranan yang paling istimewa dalam menyalurkan keyakinan dan meniupkan semangat supaya pelajar-pelajar itu terus terangsang.

 

Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu membantu pelajar untuk berjaya.


SELAMAT BERJAYA

Kesalahan Umum Ayat Majmuk Pancangan

a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa, agar,
    kerana dan sebagainya.
   
    Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini (salah)
    Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini (betul)
    
 
b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya dalam
    ayat.
     
    Dia yakin dia akan berjaya (salah)
    Dia yakin bahawa dia akan berjaya (betul)
 
c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam
    ayat, menjadikan struktur ayat tersebut salah.
  
    Kereta itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan (salah)
    Kereta yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan (betul)

Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan

 
 
a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta dan sambil berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala
    kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali dan malahan berfungsi
    menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya membawa maksud
    pertentangan dua maklumat.
   
    Faezah diam dan bijak berpidato (salah)
    Faezah diam tetapi bijak berpidato (betul)
    
 
b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung
    sambil atau serta.
     
    Dia berbaring dengan membaca majalah itu (salah)
    Dia berbaring sambil membaca majalah itu (betul)
 
c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka
    kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.
  
    Dia ke sekolah atau tempat lain (salah)
    Dia ke sekolah atau ke tempat lain (betul)
 
 
d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang
    membawa maksud pertentangan.
    Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh (salah)
    Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh (betul)
 
 
e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung atau
    dalam ayat majmuk gabungan.
     Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti (salah)
     Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti (betul_

Wednesday, 11 July 2012

Petikan PBS Band 2


Pertubuhan Sukarelawan Belia

Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Melalui pertubuhan  ini, belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi membantu masyarakatnya. Langkah ini dapat memupuk nilai murni di kalangan belia. Nilai tersebut termasuklah toleransi, kerjasama, rajin, perpaduan dan patriotisme. Walau bagaimanapun, dewasa ini sikap sukarelawan di kalangan belia telah berkurangan. Hal ini berlaku kerana masyarakat lebih mementingkan material. Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan pembalasan yang berupa material. Akhirnya, beberapa pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan mati tak mahu.

Usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan golongan belia bergiat aktif dalam pertubuhan sukarelawan. Oleh itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi menggalakkan para belia kembali menghayati nilai kemasyarakatan yang wujud dalam adat resam bangsa seperti permuafakatan, kejiranan dan kekeluargaan. Barisan pemimpin pertubuhan belia hendaklah  mempertahan konsep murni dalam masyarakat seperti ‘masyarakat penyayang’ , ‘masyarakat berbudaya’ dan tanggungjawab sosial. Pertubuhan ini juga perlu membentuk belia mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, setiap belia harus melibatkan diri dalam pertubuhan belia di tempat masing-masing.

Saturday, 7 July 2012

Latih Tubi Sejarah PMR Bab 1


PENGENALAN
1. Pemerintahan  tentera  Jepun  di  negara  kita  berlangsung  selama  kira-kira
........... tahun  iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
2. Perubahan  besar  yang  berlaku  sepanjang  tempoh  tersebut  telah
………………………    semangat kebangsaan di kalangan rakyat.


PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

1. Pemerintahan  tentera  Jepun  di  negara  kita  adalah  bercorak
…………………….....
KEDATANGAN JEPUN

1. Kebangkitan  Jepun  sebagai  sebuah  kuasa  …………………  bermula  dengan
pemerintahan Maharaja …………… Meiji pada tahun 1868.

2. Maharaja Meiji melancarkan pemulihan  yang menekankan ………………….
dan  …………………..

3. Negara-negara ………………….. dijadikan model untuk memajukan Jepun.
4.Negara China yang mempunyai banyak bahan ……………….. dan berpotensi
menjadi    ………………………  barangan  Jepun  menjadi  sasaran  awal
perluasan kuasa Jepun.
5..Kemenangan  Jepun  terhadap  Rusia  dalam  Perang  ……………………  pada
 tahun  1905,  telah  menyebabkan  Jepun  dianggap  sebagai  sebuah  kuasa
………...................