Monday, 15 December 2014

Krisis tebusan di Sydney

 
SYDNEY: Seorang lelaki bersenjata menahan beberapa tebusan di Sydney, Australia namun belum disahkan jika ada kaitan dengan kegiatan pengganas.
“Saya sahkan seorang penjenayah bersenjata api sedang menahan beberapa orang di kawasan Martin Place,” kata Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andrew Scipione dalam sidang media hari ini.
Katanya lagi masih belum ada komunikasi dengan suspek terbabit.
Martin Place yang terletak di pusat daerah perniagaan terpaksa dikosongkan manakala polis mengerumuni Kafe Chocolate Lindt di mana kelihatan beberapa tebusan memegang bendera hitam tertera tulisan arab berwarna putih dipercayai dua kalimah syahadah.
“Kami belum sahkan jika ini ada kaitan dengan aktiviti keganasan dan kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan insiden ini dapat diselesaikan dengan aman,” tegas Scipione. - AFP

Sumber : Harian Metro