SYDNEY: Butiran tentang tebusan di Sydney yang memasuki
jam ke-11 masih tidak lengkap, dan pihak polis enggan mendedahkan
maklumat terperinci kejadian.
Menjawab soalan media tempatan
tentang motif insiden, Pesuruhjaya polis New South Wales, Andrew
Scipione berkata pihak polis tidak akan membuat spekulasi, sebaliknya
memfokuskan kepada aspek siasatan.
“Saya boleh memberi jaminan
bahawa kita sedang melakukan apa sahaja agar mereka dapat dibebaskan
dengan selamat,” katanya dalam satu sidang media.
Beliau juga enggan memberi maklumat tentang mereka yang berada di dalam kafe Lindt.
"Kami tidak akan memberitahu maklumat tentang siapa di dalam kafe dan
berapa ramai. Kami tidak akan berbuat demikian pada masa ini," katanya.
Apabila ditanya wartawan sama ada lima tebusan dibebaskan atau
melarikan diri, Scipione berkata, “Kami tidak akan bercakap tentang
bagaimana ia berlaku. Kami gembira melihat mereka keluar."
Scipione menasihati orang ramai yang mengerumuni kawasan sekitar Martin
Place agar tidak berada di lokasi itu kerana “tiada apa yang perlu
dilihat."
Sumber : http://www.astroawani.com
Showing posts with label tebusan sydney. Show all posts
Showing posts with label tebusan sydney. Show all posts
Monday, 15 December 2014
Tebusan di Sydney, papar bendera bertulisan Arab
Perdana Menteri Tony Abbott berkata beliau mengadakan mesyuarat jawatankuasa keselamatan negara untuk taklimat mengenai kejadian itu.
Australia, yang menyokong Amerika Syarikat dan tindakannya yang semakin meningkat terhadap IS (Negara Islam) di Syria dan Iraq, mengambil tindakan berjaga-jaga terhadap serangan puak radikal Islam atau pejuang tempatan yang pulang dari konflik di Timur Tengah.
Puluhan anggota polis bersenjata mengepung Lindt Cafe di Martin Place, yang menempatkan Reserve Bank Australia, bank-bank perdagangan dan berhampiran dengan bangunan parlimen negeri New South Wales (NSW).
Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan pelanggan di dalam kafe itu berdiri dengan tangan mereka ditekan ke tingkap. Bendera hitam dan putih yang serupa dengan yang digunakan oleh militan Islam di Iraq dan Syria juga dapat dilihat.
Twitter Polis NSW menyebut: "Satu operasi polis sedang dilancarkan di Martin Place, CBD Sydney Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak kawasan itu".
Media tempatan melaporkan bahawa Sydney Opera House yang terletak berhampiran, telah dikosongkan selepas satu bungkusan yang mencurigakan ditemui.
Seorang kakitangannya berkata dia masih berada di dalam bangunan tetapi enggan mengulas lanjut dan polis berkata mereka masih berusaha untuk mengesahkan kejadian itu.
Perkhidmatan keretapi dan bas dihentikan dan laluan di kawasan itu ditutup, dengan pengendali keretapi berkata terdapat satu ancaman bom di Martin Place.
Peniaga di pasaran mata wang berkata berita mengenai tebusan itu mungkin telah menyebabkan kemerosotan nilai dolar Australia, yang sudah pun berdepan dengan tekanan daripada penghindaran risiko global seperti harga minyak yang jatuh semula.
Mata wang tempatan berada pada paras $0.8227, dengan mencecah paras terendahnya minggu lalu.
Sumber : http://www.malaysiakini.com
Krisis tebusan di Sydney
“Saya sahkan seorang penjenayah bersenjata api sedang menahan beberapa orang di kawasan Martin Place,” kata Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andrew Scipione dalam sidang media hari ini.
Katanya lagi masih belum ada komunikasi dengan suspek terbabit.
Martin Place yang terletak di pusat daerah perniagaan terpaksa dikosongkan manakala polis mengerumuni Kafe Chocolate Lindt di mana kelihatan beberapa tebusan memegang bendera hitam tertera tulisan arab berwarna putih dipercayai dua kalimah syahadah.
“Kami belum sahkan jika ini ada kaitan dengan aktiviti keganasan dan kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan insiden ini dapat diselesaikan dengan aman,” tegas Scipione. - AFP
Sumber : Harian Metro
Subscribe to:
Comments (Atom)