Thursday, 9 August 2012

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 7 (m/s:92-111)

Watak utama:  Badri / pengawas sekolah / murid tingkatan 5
Watak lain:  Taufik / rakan sekelas Badri
                :  Siti Cahya Nadira
                :  Shahrul / murid tingkatan 5 Cergas / watak penentang kepada Badri

Latar tempat:  perpustakaan (ketika Taufik menghampiri Badri / Nadira duduk di sebelah Badri)

                   :  koridor sekolah (Shahrul muncul untuk menyekat Nadira / Badri menolong Nadira)

Latar masa:  sesi persekolahan pagi


Ringkasan bab



Hubungan Badri dengan Jamil menjadi dingin apabila Jamil menjauhkan diri. Taufik (watak penyibuk / kaki kepoh) cuba mencungkil rahsia, tetapi Badri menyimpannya dengan kemas. Sebaliknya, hanya Taufik yang menceritakan peristiwa Nadira disoal siasat setelah ditinggalkan oleh Shahrul tempoh hari. Badri simpati walhal Nadira tidak seperti bermusuhan. Selepas Taufik pergi, Badri pula terkejut kerana Nadira datang duduk di sebelahnya mahu memohon maaf dan mahu berkawan. Badri serba salah kerana dengan Siew Mei pun dia sengaja mengelak diri. Akhirnya mereka berjalan beriringan, tetapi Badri canggung. Shahrul menahan Nadira dan tidak peduli kepada Badri. Setelah Shahrul mendesak dan berkasar (mencengkam lengan Nadira), baharu Badri campur tangan. Shahrul mencabar Badri untuk bergaduh, tetapi Badri tidak berminat walaupun dia belajar silat dengan Pak Alang. Badri cuba berbahasa, tetapi Shahrul tetap sombong dan menuduh Badri dengki kepadanya dan cuba mempengaruhi Nadira. Nadira cemas dan meminta Badri tidak menyahut cabaran "gila" Shahrul. Demi Nadira menyuarakan kebimbangan Shahrul mungkin menyerang Badri,  Nadira sendiri yang terkedu dengan pertanyaan Badri, "Sejak bila pula kaufikirkan pasal aku?"...

Perwatakan:  suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)

Latar masyarakat:  masyarakat murid tingkatan 5

                          :  masyarakat pengawas sekolah
                          :  masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
                          :  masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
                          :  masyarakat yang berani
                          :  masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
                          :  masyarakat yang pemaaf
                          :  masyarakat yang prihatin
                          :  masyarakat yang angkuh

Nilai murni:  keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan


Persoalan:  keberanian berhadapan dengan kekasaran

               :  kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
               :  kemaafan terhadap orang kesalahan lain
               :  keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain

Pengajaran:  kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran

                 :  kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
                 :  kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
                 :  kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain

kbkk:  cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah

        :  peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
        :  kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan 

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 6 (m/s:74-91)

Watak utama:  Nadira / murid tingkatan 5 Cempaka / pindah daripada Kedah
Watak lain:  Nurul Ain, 19 / kakak Nadira / pelajar kolej swasta
                :  ibu Nadira / bersikap liberal
                :  Shahrul / murid tingkatan 5 / rakan subahat Meng Kong, Kumar / anggota kumpulan mat rempit
                :  Aziz / mat rempit / kawan Shahrul / pemuda dewasa
                :  lelaki pemandu kereta mewah / cuba mengurat Nadira / berlalu apabila Shahrul muncul
                :  anggota polis wanita / yang pertama menyoal siasat Nadira
                :  anggota polis lelaki / yang meminta kad pengenalan Nadira
                :  Badri (secara imbas kembali oleh Nadira)

Latar tempat:  rumah keluarga Nadira

                   :  perpustakaan sekolah
                   :  perhentian teksi
                   :  restoran makanan Barat
                   :  tasik di pinggir kota
                   :  gerai menjual air berhampiran tasik

Latar masa:  hari Sabtu / 8 pagi

                 :  habis waktu persekolahan (imbas kembali Nadira akan pertemuannya dengan Badri di perpustakaan)

Ringkasan bab


Nurul Ain menegur Nadira yang kelihatan tergesa-gesa hendak keluar rumah dengan pakaian yang keterlaluan / kurang sopan (seluar jean ketat / baju senteng) sebagai budak sekolah dan anak Melayu. Nadira hanya ketawa sinis dan menganggap kakaknya itu ketinggalan zaman, sedangkan ibu mereka sendiri memberi kebebasan. Nadira menunggu Shahrul di hentian teksi. Akibat kebiasaan Shahrul tidak menepati masa, Nadira bagai barang pameran dan diganggu oleh lelaki mata keranjang, termasuk seorang pemandu kereta merah yang hanya berlalu apabila Shahrul muncul. Nadira marah, tetapi reda apabila Shahrul memberi alasan palsu bahawa dia menghantar adiknya ke kelas tambahan. 

Semasa membonceng motosikal Shahrul, Nadira teringat peristiwa dia memenuhi permintaan Badri untuk bertemu di perpustakaan. Nadira beranggapan Badri sengaja membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Shahrul. Nadira tidak percaya Shahrul terlibat dengan kes menjual telefon bimbit di sekolah kerana dia anak orang senang. Nadira tidak makan nasihat Badri, sebaliknya menyindir Badri sebagai cemburu. Nadira melabel Badri umpama gagak yang langsung tiada harga dan Shahrul kapal terbang, tetapi Badri hanya mengucapkan terima kasih, serta meminta Nadira berfikir semula tentang kata-katanya. Ternyata hujah Badri sangat menyengat.

Shahrul mengamuk demi mendengar cerita Nadira dan berazam untuk membalas dendam. Shahrul membawa Nadira masuk ke restoran makanan Barat. Usai makan tiga pasang kawan Shahrul yang mengajak Shahrul merempit. Tiba di tepi tasik, Aziz mengajak Shahrul berlumba malam itu, tetapi Shahrul memberi alasan dia masih bersekolah. Nadira resah dan mahu pulang, tetapi Shahrul memberi jaminan untuk melindungi Nadira. Aziz yang mula menjeling Nadira tiba-tiba meluru ke arah motosikal bersama kawan lain demi ternampak kelibat polis. Shahrul juga menyelamatkan diri. Nadira tinggal sendirian dan terus disoal siasat oleh seorang polis wanita dan seorang polis lelaki. Nadira berasa sangat kesal dan takut, tetapi lega kerana polis hanya menghantarnya pulang ke rumah. 

Polis wanita menjelaskan kepada ibu Nadira bahawa anak gadisnya itu mungkin tidak tahu akibat bergaul dengan mat rempit yang kadang-kadang terlibat dengan jenayah. Nurul Ain memulangkan paku buah keras. Ibu Nadira mahu Nadira akur akan nasihat Ain. Nadira sedar dia silap dan terus berkurung di dalam bilik kerana selera makannya hilang...

Perwatakan:  bertanggung jawab / peka / prihatin (Nurul Ain, Badri)
                  :  berkelakuan bebas lepas (Nadira, Shahrul, Aziz)
                  :  tegas (anggota polis)

Latar masyarakat:  masyarakat murid sekolah
                          :  masyarakat pelajar kolej swasta
                          :  masyarakat anggota polis
                          :  masyarakat pelumba haram / mat rempit
                          :  masyarakat yang bertanggung jawab / peka / prihatin
                          :  masyarakat yang berkelakuan bebas lepas / liar
                          :  masyarakat yang tegas

Nilai murni:  tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan, ketegasan

Persoalan:  Tanggung jawab / kepekaan / keprihatinan terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
               :   Ketegasan dalam tugas / menjalankan amanah

Pengajaran:  Kita hendaklah bertanggung jawab / peka / prihatin terhadap akhlak / sahsiah anggota keluarga / adik / rakan
                 :  Kita hendaklah tegas dalam menjalankan tugas / amanah

kbkk:  peranan ibu bapa dalam mendidik / memupuk / mengawal sahsiah / tingkah laku anak masing-masing
        :  batasan pergaulan remaja / murid sekolah berlainan jantina
        :  langkah membendung kegiatan lumba haram

Tuesday, 7 August 2012

Jadual Peperikasaan Percubaan PMR Pahang 2012




Hari/Tarikh
10 OGOS 2012 ( JUMAAT )
Waktu
Perkara/Mata Pelajaran
Masa
Jenis Kertas
8.00 – 10.30pg
Bahasa Arab
2  jam 30minit
Subjektif
8.00 -  9.00pg
Bahasa Tamil Kertas 1
1 jam
Objektif
Bahasa Cina   Kertas   1
1 jam
Objektif
9.30 – 11.30pg
Bahasa Tamil Kertas 2
2 jam
Subjektif
Bahasa Cina   Kertas 2
2 jam
Subjektif
Hari/Tarikh
13 OGOS 2012 ( ISNIN )
Waktu
Perkara/Mata Pelajaran
Masa
Jenis Kertas
8.00 -9.00pg
Bahasa Melayu Kertas 1
1  jam
Objektif
9.15 – 11.15pg
Bahasa Melayu Kertas 2
2 jam
Subjektif
11.45 -1.00th
Sejarah
1 jam 15 minit
Objektif
Hari/Tarikh
14 OGOS 2012 ( SELASA )
8.00 -10.00pg
Pendidikan Islam
2 jam
Subjektif
10.20 -11.20pg
Bahasa Inggeris Kertas 1
1 jam
Objektif
11.30pg-1.00th
Bahasa Inggeris Kertas 2
1 jam 30 minit
Subjektif
Hari/Tarikh
15 OGOS 2012 (RABU)                  
8.00 – 9.15pg
Matematik Kertas 1
1 jam 15 minit
Objektif
9.45 – 11.30pg
Matematik Kertas 2
1 jam 45 minit
Subjektif
11.45pg- 1.00th
Geografi
1 jam 15 minit
Objektif
Hari/Tarikh
16 OGOS 2012 ( KHAMIS)
8.00 – 9.30pg
Kemahiran Hidup Bersepadu
1 jam 30 minit
Objektif
10.00 – 11.00pg
Sains Kertas 1
1 jam
Objektif
11.15pg -12.45th
Sains Kertas 2
1 jam 30 minit
Subjektif

Wednesday, 1 August 2012

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 4 & 5 (m/s:58-64, 65-73)

Ringkasan bab 4

Watak utama / protagonis:  Badri (pengawas sekolah)
Watak penentang / antogonis:  Kumar, Meng Kong, Shahrul  (kumpulan murid nakal)

Latar tempat:  sebuah pusat boling          }   di sebuah pasar raya
                        :  restoran makanan Barat  }

Latar masa:  petang


Kumar tiba kemudian sedikit daripada Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Kumar kelihatan muram dan enggan bermain boling. Shahrul lalu mengajak mereka makan dan Meng Kong akan membelanja mereka stik. Kumar nyata maih begitu marah kepada Badri ekoran peristiwa telefon bimbit miliknya dirampas oleh Cikgu Jailani. Meng Kong berjanji untuk mengganti  telefon itu dengan set yang baharu sebagai balasan kepada Kumar yang tidak membocorkan rahsia kegiatan mereka di sekolah. Kumar menganggap Badri sebagai penghalang urus niaga mereka.  Nadira juga dimasukkan sebagai sasaran baharu mereka walaupun Shahrul rapat dengannya. Meng Kong mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya, lalu dijual kepada murid secara ansuran. Shahrul yang menerima panggilan Nadira meninggalkan mereka sebentar. Kemudian, Shahrul memberitahu bahawa Nadira mengajaknya makan dan berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Ringkasan bab 5

Watak utama:  Badri
Watak lain:  Jamil / kawan sekelas / kawan rapat Badri
                   :  Siew Mei / murid tingkatan 5 yang meletak nota untuk berjumpa
                   :  Ah Meng / abang Siew Mei / pekerja di kedai telefon bimbit milik ayah Meng Kong
                 
Latar tempat:  restoran makanan segera

Latar masa:  petang

Jamil yang balik awal daripada gerai ibunya ternampak Badri dengan Siew Mei, lantas mengusik Badri sebagai romeo (mata keranjang). Kebetulan maklumat Siew Mei tadinya ada kaitan dengan dengan sikap curang Jamil, iaitu bersekongkol dengan kumpulan Meng Kong, Kumar dan Shahrul. Badi mengajak Jamil ke restoran makanan segera yang sama, lalu terus melepaskan "peluru" tentang tembelang yang disimpan oleh Jamil selama ini. Jamil terkedu, enggan makan dan sebaliknya terus pergi dengan rasa malu. Badri menganggap tindakan Jamil itu bagai satu pengakuan. Siew Mei mendedahkan semua kegiatan Meng Kong kerananya abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong. Kehilangan telefon bimbit, aksesori dan kad prabayar semuanya dicatat oleh Ah Meng. Siew Mei merayu Jamil supaya membantu Ah Meng kerana dia tempat bergantung keluarga mereka. Namun, mereka mesti mengumpul bukti. Badri akan mendesak Jamil supaya memberi maklumat yang diperlukan, serta berhenti berurus niaga secara haram itu. Tiba-tiba Badri akan Nadira (anak buah Mak Alang, isteri bapa saudaranya) yang mungkin diperangkap oleh Shahrul, tetapi sikap Nadira yang angkuh sukar untuk diubah. Jalan akhir yang difikirkan oleh Badri untuk menyelamatkan Nadira ialah memberitahu Mak Alang. Badri tidak mahu diburu perasaan bersalah kerana tidak berbuat apa-apa...

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 3 (m/s: 39-57)

Watak utama / antagonis:  Badri
Watak penentang / protagonis:  Kumar / murid tingkatan 5 Maju
Watak lain:  Nadira /  murid baharu /  anak buah Mak Alang
                :  Bob / rakan subahat Kumar
                :  Meng Kong /  rakan subahat Kumar / Shahrul
                :  Ah Chun  /  rakan sekelas Badri  
                :  Selva  / rakan sekelas Badri
                :  Jamil  /  kawan rapat / rakan sekelas Badri 
                :  Cikgu Jailani / guru disiplin
                :  Siew Mei / murid tingkatan 5 / adik Ah Meng (pekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong)

Latar tempat:  kantin sekolah (Badri menangkap Kumar, berbual dengan rakan)
                   :  perhentian bas (dirempuh oleh Bob, konco Kumar)
                   :  pasar raya (Badri menunggu Siew Mei seperti dalam nota)
                   :  restoran makanan segera (Badri mendengar cerita Siew Mei)

Latar masa:  sesi persekolahan pagi
                 :  petang

Ringkasan bab

Rentetan peristiwa Badri dianiaya di tandas, Cikgu Jailani mengrahkan pengawasn ketat hingga kelibat Meng Kong tidak kelihatan pada waktu rehat. Namun, Badri terserempak dengan suspek dengan tanda lahir di leher, Kumar yang kebetulan tidak memakai lencana dan tanda nama. Ketika dibawa berjumpa Cikgu Jailani, sekali lagi Kumar terperangkap (kantoi - bahasa pasar) apabila telefon bimbit dalam kocek seluarnya bergetar. Badri kemudian mendapat maklumat tentang kegiatan Kumar bersama Meng Kong dan Shahrul apabila berbual dengan rakan sekelas, Ah Chun dan Selva. Mereka syak bahawa Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah, tetapi tidak cukup bukti.

Sementara itu, Jamil kelihatan gelisah dan aneh. Jamil kemudian seolah-olah jurucakap Kumar yang meminta Badri tidak terlalu memerhatikan Meng Kong, tetapi Badri menafikannya kerana perkara itu kebetulan sahaja. Badri cuba menebak perkara yang cuba disembunyikan oleh Jamil, tetapi tidak sempat, malah ketika pula Jamil tergesa-gesa pergi. Sebaliknya, Badri seperti diberi amaran oleh Nadira supaya pandai menjaga mulut dan terus dilabel (dicap) sebagai tukang lapor (kepada Mak Alang).

Di perhentian bas, Badri dirempuh dengan kuat (oleh Bob) hingga dia tersungkur dan beg sekolahnya tercampak. Nadira ketawa mengejek, manakala Kumar yang sengaja mencari gara-gara mengajak Bob berlalu sambil ketawa terbahak-bahak. Badri bertekad untuk melawan dan terus melaksanakan amanah tanpa menggunakan kekerasan. Ketika turun daripada bas, baru Badri perasan ada kertas kecil telah diselitkan dalam saku seluarnya. Nota itu hanya menghendaki dia pergi ke sebuah pasar raya pada pukul 4.00 petangnya.

Rasa ingin tahu menyebabkan Badri akur dengan nota tadi. Setelah 15 minit, ada suara seorang gadis yang tidak dikenalinya, memperkenalkan diri sebagai murid tingkatan 5. Siew Mei ingin meluahkan perkara penting dan rahsia. Mereka ke restoran makanan segera di situ, lalu Siew Mei mengatakan dia tahu peristiwa yang menimpa Badri. 

Perwatakan:  amanah, tegas (Badri), berdendam, nakal (Kumar), suka menyindir (Nadira), kurang setia kawan (Jamil)

Latar masyarakat:  masyarakat murid sekolah
                          :  masyarakat yang amanah
                          :  masyarakat yang tegas
                          :  masyarakat yang berdendam
                          :  masyarakat yang nakal
                          :  masyarakat yang suka menyindir / mengejek
                          :  masyarakat yang kurang setia kawan

Nilai murni:  amanah, ketegasan, setia kawan, pemaaf, kepatuhan / ketaatan, berbudi bahasa / kesopanan, kesetiakawanan

Persoalan:  Amanah dalam menjalankan kewajipan
               :  Ketegasan dalam menegakkan kebenaran / peraturan
               :  Perbuatan membalas dendam
               :  Kenakalan segelintir murid sekolah
               :  Pertuturan mencerminkan sikap seseorang
               :  Setia kawan dalam persahabatan

Pengajaran:  Kita hendalah amanah dalam menjalankan sesuatu kewajipan

                 :  Kita hendaklah tegas dalam menegakkan kebenaran / peraturan
                 :  Kita hendaklah bersikap pemaaf
                 :  Kita hendaklah mematuhi peraturan sekolah
                 :  Kita hendaklah menjaga pertuturan
                 :  Kita hendaklah menjaga setia kawan dalam persahabatan

kbkk:  Watak utama sesebuah novel digambarkan sebagai seorang yang gigih. Bincangkan pernyataan ini.

Analisis Novel Merenang Gelora Bab 2 (m/s:20-38)

Watak utama / protagonis:  Badri
Watak lain
:  Jamil / rakan baik Badri
                :  Nadira
                :  Cikgu Jailani / guru disiplin
                :  Mak Siti / ibu Badri
                :  Shahrul
                :  murid tingkatan 5 yang ada tanda lahir
                :  Mak Alang

Latar tempat
:  tandas murid
                   :  kelas
                   :  bilik guru
                   :  perpustakaan
                   :  rumah Badri
                   :  bandaraya Kuala Lumpur / gerai
                   :  rumah Pak Alang

Latar masa
: sesi pagi persekolahan, petang, 2 minggu setelah menjadi pengawas

Ringkasan bab:


Badri melakukan muhasabah (penilaian kendiri, introspektif) tentang matlamat dirinya dalam pelajaran, serta peranan sebagai anak kepada pasangan pegawai kerajaan dan suri rumah yang hidup sederhana. Badri rela dianggap kolot kerana tidak terpengaruh dengan pergaulan bebas atau lepak. Ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall ditolak dengan alasan lebih baik dia membantu ibunya kalau sekadar untuk menghilangkan tekanan (stres). Entah macam mana mereka boleh rapat dengan prinsip hidup yang berbeza. Sedang Badri mengelamun, motosikal Shahrul meluncur ke kawan sekolah. 

Hari itu kebetulan Badri sakit perut dan berulang-alik ke tandas. Di situ, dia disiram dengan air daripada mangkuk tandas. Pelaku (suspek) lari, tetapi Badri kemudian teringat tanda leher pada budak India tingkatan 5 itu. Badri terus ke kelas, tetapi terus disindir oleh Nadira. Badri hairan bahawa begitu cepat Nadira tahu. Tiba-tiba Jamil pula muncul dan membuat andaian Badri sebagai mangsa balas dendam budak tingkatan 2 yang ditangkap ponteng kelas. Jamil juga cuba mempengaruhi Badri supaya tidak mencampuri urusan murid lain kerana mungkin hal itu menyakitkan hati mereka. Badri sebaliknya mempertahankan tanggungjawab pengawas untuk membantu pihak sekolah supaya mematuhi disiplin.

Jamil juga terperangkap dengan soalan Badri akan sebab dia tahu Badri berada di kelas. Jamil mengatakan cerita itu tersebar di kantin, tetapi dia mengelak daripada menyebut nama sesiapa. Badri bingkas ke bilik guru bertemu Cikgu Jailani. Badri disuruh pulang menukar baju.Di rumah, Badri membuat helah kepada ibunya, Mak Siti bahawa dia terjatuh lopak . pada sebelah petang Badri ke perpustakaan, tetapi dia gagal memberi tumpuan. Dia keluar merayau-rayau di bandar tanpa tujuan khusus. Setelah minum teh O ais di gerai, Badri ternampak Nadira membonceng motosikal Shahrul. Kemudian, Badri menuju rumah Pak Alang, bapa saudaranya. Rupa-rupanya ada tetamu. Badri terkejut kerana tetamu itu ialah Nadira, anak buah Mak Alang. Nadira resah, tetapi Badri puas...


Perwatakan:  tegas (Badri)

                  :  bijak
                  :  amanah
                  :  setia kawan
                  :  tidak ambil kisah (Jamil)
                  :  nakal (Shahrul)
                  :  jati diri (tidak diamalkan oleh Nadira yang terbabit dengan pergaulan bebas)

Nilai murni:  ketegasan, kebijaksanaan, kejujuran, kesetiakawanan, keprihatinan, disiplin diri


Persoalan:  Ketegasan berpegang kepada prinsip

              :   Kebijaksanaan dalam membaca muslihat / meneka fikiran orang lain
               :  Amanah dalam tugas
               :  Kesetiakawanan dalam masa susah dan senang (Jamil menyembunyikan sesuatu)
               :  Keprihatinan terhadap masa depan / berpandangan jauh dalam belajar
               :  Jati diri dalam pergaulan

Pengajaran:  kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu prinsip

                :   kita hendaklah bijak dalam menangkap maksud tersirat dalam komunikasi
                :   kita hendaklah amanah dalam tugas
                :   kita hendaklah bersikap setia kawan sepanjang masa
                :   kita hendaklah prihatin terhadap pencapaian masa hadapan / hari muka
                :   kita hendaklah memiliki jati diri / akhlak dalam pergaulan / komunikasi

kbkk:  perlindungan terhadap pengawas daripada tindak balas murid bermasalah disiplin

        :  kempen rakan pengawas (seperti rakan polis)
        :  melarang hubungan cinta / pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah

Analisis Novel Merenang Gelora :Bab 1 (m/s: 1-19)

Watak utama / protagonis:  Badri / anak sulung Mak Siti / abang Badrul / pengawas sekolah (baharu)
Watak penentang / antagonis:  Shahrul
Watak lain:  Mak Siti / ibu Badri
                :  Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah
                :  Jamil / kawan baik Badri
                :  Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi
                :  Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long (Badri)
                :  Meng Kong / kawan Shahrul

Latar tempat: rumah Badri, blok C, kelas 5 Cergas, kantin


Latar masa: awal pagi, waktu persekolahan


Perwatakan: penyayang / berdisiplin / tegas / mesra


Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / berdisiplin / tegas / mesra


Ringkasan bab 1



"Merenang Gelora" bermula dengan Badri sibuk menggayakan tali leher dan pakaian pengawas di hadapan cermin di rumahnya. Setelah itu dia menikmati nasi lemak sambal sotong air tangan ibunya. Usikan adiknya tidak memesongkan fikiran Badri tentang tanggungjawab sebagai pengawas yang juga lambang kepercayaan guru kepada dirinya. Dalam kegelapan pagi, dua beradik itu munuju ke perhentian bas. Tiba di sekolah, Badri terus disapa oleh Jamil yang menghamburkan pujian. Badri memberitahu bahawa dia bertugas di blok C, sambil mengajak Jamil sebagai teman. Bagi Badri, Jamil ialah rakan yang memberi sokongan ketika dia meminta pendapat tentang agihan tanggungjawab pengawas dengan persediaan peperiksaan. Jamil mengingatkan Badri tentang Shahrul, murid nakal yang suka melakukan peras ugut, dan kes disiplin murid yang makin buruk. Namun, Badri menegaskan bahawa dia tidak gentar, malah tidak sanggup membiarkan murid yang tidak bersalah menjadi mangsa. Apabila diduga oleh Jamil akan keberanian Badri bertindak, Badri dengan selamba mengatakan bahawa dia akan sentiasa merujuk guru. Dia tidak akan bertindak sendiri atau berlagak sebagai hero. 

Sebaik kembali ke kelas, Jamil memberitahu tentang murid perempuan baharu (yang berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kulim). Cikgu Kamarul masuk dan meminta Nadira memeperkenalkan diri. Apabila loceng berbunyi, beberapa orang murid menghampiri Nadira yang memiliki wajah yang cantik. Kemudian, apabila Badri mengusik Jamil tentang peluang tipis Jamil mendekati Nadira, Jamil membalas bahawa Badri bersikap kolot. Disebabkan tercabar kerana perbualan mereka didengar oleh Nadira, Jamil "membalas dendam" dengan mengatakan Badri antiperempuan. Marah mereka tidak lama apabila bertemu semula di kantin. Ketika ke tandas, Badri terserempak dengan Meng Kong yang sedang berurusan dengan lima orang murid lain. Mereka tergesa-gesa bersurai. Meng Kong juga cepat-cepat meninggalkan kantin demi terpandang Badri. Badri berasa hairan...

Nilai murni:  kasih sayang, kemesraan, ketegasan, disiplin diri

Persoalan:  kasih sayang sesama keluarga; kemesraan dalam komunikasi keluarga; ketegasan dalam pendirian; disiplin diri dalam      
                   kehidupan

Pengajaran:  kita hendaklah sayangkan keluarga
                 :  kita hendaklah mesra dalam komunikasi keluarga
                 :  kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu pendirian (yang benar)
                 :  kita hendaklah menjaga disiplin diri dalam kehidupan

kbkk:  peranan pengawas dalam menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang baik dan selesa (kondusif)
        :   ciri / kualiti kepimpinan seseorang pengawas
        :   kerjasama semua murid terhadap pengawas
        :   konsep pengawas yang disegani, bukan dihindari