Saturday, 23 June 2012

Teks pengacaraan kejohanan sukan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Kejohanan Olahraga MSSM Pekan kali ke 39 tahun 2011
Pada pagi ini sebanyak _______ acara akan dipertandingkan iaitu:

  1. _______________
  2. _______________
  3. _______________

Kepada semua peserta diharap bersedia untuk acara yang akan dipertandingkan.

Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan __________________.

Seterusnya ialah acara __________________.

Acara akan diteruskan lagi dengan _________________.

Acara berikutnya ialah __________________.

Acara terakhir pada pagi ini ialah __________________.

*** Sekarang adalah upacara penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang bagi acara __________________.

Dijemput____________(nama)________(jawatan)______(dari)______untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Bagi acara ________ pingat GANGSA dimenangi oleh ____________.
Pingan PERAK dimenangi oleh ____________. Manakala pingat EMAS dimenangi oleh _____________.

Terima kasih diucapkan kepada __________________ di atas penyampaian pingat tadi.

Dengan berakhirnya acara ____________ maka berakhirlah acara untuk sesi pertama hari ke 3 Kejohanan Olahraga MSSM kali ke 36 dan akan disambung pada petang nanti.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Jumpa lagi pada petang nanti.

Dengan itu, saya akhiri dengan assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Upacara Penutupan Rasmi Kejohanan Olahraga MSSM Pekan kali ke 39 / 2011

# Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang dihormati Tn Sheikh osman b Sheikh Zahari, YDP PIBG SMKDMM,
Yang berusaha Tn Hj Aidun b Talib, Pengetua SMKDMM
Guru-guru kanan
Guru-guru cemerlang
Para ibu bapa penjaga
Atlit-Atlit dan seterusnya pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Kejohanan Olahraga MSSM Pekan kali 39 tahun 2011.

Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perbarisan dan lintas hormat dari 6 kontinjen iaitu:

  1. a
  2. b
  3. c
  4. d
  5. e
  6. f
  7. g
  8. h
  9. i
  10. j
  11. k
  12. l

Untuk itu, diminta kepada semua pengetua dan guru besar atau wakil bersedia untuk menerima lintas hormat dari kontinjen masing-masing.

Kontijen yang membuat lintas hormat sekarang ialah kontinjen dari ____________.

Sekarang majlis menjemput En Jaafar b Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada Encik Jaafar b Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pekan di atas ucapan beliau tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan olahraga MSSM kali ke 36 tahun 2007. Majlis menjemput _________________ bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Sekarang ialah acara menurunkan bendera kejohanan olahraga MSSM kali ke 36 tahun 2007 oleh Pasukan Kadet Polis Dari SMK. Paloh Hinai dan penyerahan bendera kejohanan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En Jaafar b Idris.
Majlis sekali lagi menjemput En Jaafar b Idris untuk menerima bendera kejohanan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Seterusnya majlis menjemput Tn Hj Abdul Basek b Mohd Shah untuk menyempurnakan upacara penutupan rasmi kejohanan olahraga MSSM Pekan kali ke 36 tahun 2007. Dipersilakan….

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata kepada Pegawai Daerah Pekan, Tn Hj Abdul Basek b Mohd Shah. Dengan itu majlis mempersilakan En Jaafar b Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Pekan diiringi oleh Pn Hjh Zabedah bt Osman, Pengetua SBP Sultan Haji Ahmad Shah Pekan untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Majlis diteruskan dengan perbarisan keluar kontinjen-kontinjen.`


## Majlis menjemput semua tetamu jemputan ke majlis jamuan ringan.

Selesainya perbarisan keluar kontinjen-kontinjen maka berakhirlah Kejohanan Olahraga MSSM Pekan kali ke 36 tahun 2007.

Saya akhiri majlis ini dengan 2 rangkap pantun,


Buah cempedak di luaar pagar,
Ambil galahkan tolong jolokkan,
Saya pengacara baru belajar,
Kalau tersalah harap maafkan,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Jumpa lagi pada tahun hadapan.


Semoga berjumpa lagi pada Kejohanan Olahraga MSSM Pekan pada tahun hadapan insyaALLAH. Dengan itu assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.










Thursday, 21 June 2012

Teknik Penulisan Pantun


Teknik Penulisan Pantun:
 
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.  Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.


Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.  Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
 Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
 Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
 A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
·         mengandungi 4 kerat/baris
·         jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
·         jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
·         ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
·         bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
·         bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
·         maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
·         sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya
Contoh pantun dua kerat:
 Mengaku dulang paku serpih,   
 Mengata orang dia yang lebih.                                                                            

 Kalau tak cengal giam,
Kalau tak kenal diam.

Empat kerat:
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
 Mana yang dapat janganlah lupa.

Enam kerat:
Kota Lukut tempat semayam,
   Raja Haji datang menyerang,
Banyak pediti ikut bersama,
   Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung,
   Mengagung bukti sebesar hama.

Nyanyian lagu kanak-kanak:
Jong jong inai,
   Mak ipong  raja wali,
Tersepak tunggul inai,
   Berdarah ibu kaki.

Pantun Teka Teki:
Mulut manis hati nak baik,
   Itulah amalan turun temurun,
Benda apa yang akan naik,
   Bila sahaja hujan turun. (payung)

Tarik pukat dari pengkalan,
   Gula Melaka dibuat inti,
Bila diikat dia berjalan,
   Bila dibuka dia berhenti. (Tali kasut)
               

Teknik Penulisan Sajak


Teknik Penulisan Sajak:

1)   Menentukan kata asas
      Contohnya, LAUT.
      Dengan menggunakan kata asas ini, kita mengumpul puluhan atau ratusan kata
      yang berkaitan dengannya.
2)   Membina ungkapan/ baris
      Contohnya, 'ombak di pantai memutih'
      Ungkapan atau baris yang dihasilkan ini merupakan jalinan kata (perkataan) yang 
      dikumpul.
3)   Membina rangkap
      Contoh:
      Ombak di pantai memutih
      desirannya bergemersik
      menyanyikan lagu alam 
     indah dan mengasyikkan
     mendamaikan jiwaku.
4)  Mencipta sajak yang lengkap.
5)  Menyunting sajak (jika perlu)

Teknik Pengembangan Isi BM PMR


Soalan: Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini
PENGEMBANGAN ISI
A1)Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha
mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.
A2)Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dan memahami aktiviti serta tingkah laku anak-anak mereka.
A3)Dengan demikian,ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja.
A4)Tamsilnya,ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat
sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula menampakkan
unsur-unsur yang negatif.
A5)Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan
efektif, pembabitan remaja dalam aktiviti jenayah akan dapat dikurangkan.

 Soalan:Kebelakangan ini terdapat banyak kes remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini berlaku?
PENGEMBANGAN ISI
(A1) Salah satu faktor penyebab remaja lari dari rumah adalah kerana
remaja tidak mendapat didikan agama yang mencukupi.
(A2) Hal ini kerana remaja tidak memikirkan kepentingan pendidikan
agama terhadap diri mereka.
(A3) Oleh yang demikian, kebanyakan remaja tidak mahu pergi
ke kuliah-kuliah agama kerana mereka merasakan majlis tersebut
kurang penting.
(A4) Sebagai contoh, mereka sanggup berbohong untuk mengelakkan
diri daripada menghadiri kuliah tersebut.
(A5) Sehubungan dengan itu remaja perlu diberi didikan agama yang
secukupnya agar tidak terpesong ke jalan yang salah bak kata pepatah
‘Ilmu pelita hati’.
 
Soalan: Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?
PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah pegangan agama
yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar subjek agama
di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam peperiksaan.(Mengapa)
A3)Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana
tidak menghayatinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan zina
kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu dan
akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata tempat.
(Contoh)
A5)Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng daripada
terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.
(Penegasan)

Soalan: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
PENGEMBANGAN ISI (ISI PERENGGAN KEDUA)
A1) Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah. (Apa)
A2) Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.(Mengapa)
A3) Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini
bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.
(Kesan)
A4) Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti
yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu
kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. (Contoh)
A5) Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam
pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut. (Penegasan)
Soalan : Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet.

PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)
A1)Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.(Apa)
A2)Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.(Mengapa)
A3)Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.(Kesan)
A4)Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.(Contoh)
A5)Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP
Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.