Sunday 28 July 2013

Watak dan Perwatakan : Novel KOMSAS Tingkatan 1 (Bukan Duniaku)

Novel Tingkatan 1 – Bukan Duniaku.

PERSOALAN - KETABAHAN  MENGHADAPI DUGAAN.

Soalan 1:

Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa  yang dapat menggambarkan persoalan di atas?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan ketabahan menghadapi dugaan dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal bersama Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.

            Selain itu, peristiwa Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

            Akhir sekali, peristiwa Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

 

Soalan 2:

NILAI – KEGIGIHAN

Berdasarkan novel  ‘Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah Saleh gigih menjalani kehidupan dalam keadaan daif dan miskin.

            Selain itu, peristiwa Faris gigih menyiasat untuk membongkar kegiatan Abang Joe.

            Akhir sekali, peristiwa Halim dan Salleh gigih meneruskan kerja mereka walaupun tidak  diberi sebarang upah oleh Abang Joe.

 

Soalan 3:

NILAI – KEBERANIAN

Berdasarkan novel  ‘Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah Saleh berani pergi ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari pekerjaan.

            Selain itu, peristiwa Halim berani lari dari rumah seorang diri pada waktu malam.

            Akhir sekali, peristiwa Saleh berani membela Halim ketika Halim dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.

 

Soalan 4:

NILAI – KASIH SAYANG

Berdasarkan novel  ‘Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

            Peristiwa yang pertama ialah Saleh sanggup membela Halim apabila dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.

            Selain itu, peristiwa Saleh sayang akan adik-adiknya. Dia sanggup berhenti sekolah demi adik-adiknya menyambung pelajaran.

            Akhir sekali, peristiwa Saleh sayang akan keluarganya dengan sanggup pergi ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari pekerjaan demi membantu keluarganya yang susah.

 

Soalan 5:

PERWATAKAN WATAK  UTAMA – HALIM SEORANG YANG MEMPUNYAI PERASAAN SIMPATI.

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Dunia”. Watak utama dalam novel ini ialah Halim. Halim digambarkan seorang yang mempunyai perasaan simpati.

            Peristiwa yang pertama Halim bersimpati akan kesusahan hidup Saleh dengan membantu Saleh meneruskan persekolahannya dengan dibantu oleh ayah Halim.

            Selain itu, peristiwa Halim bersimpati kepada rakan-rakannya yang terperangkap dengan sindiket Abang Joe.

            Akhir sekali, peristiwa Halim bersimpati kepada Saleh yang telah dibelasah oleh konco-konco Abang Joe ketika di gudang simpan dadah.

 

Soalan 6:

PERWATAKAN WATAK UTAMA – HALIM SEORANG YANG GIGIH

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Watak utama dalam novel ini ialah Halim. Halim digambarkan seorang yang gigih.

Peristiwa  pertama yang menggambarkan Halim gigih ialah Halim gigih menjalankan kerjanya sebagai pencuci kereta walaupun tidak diberi sebarang upah oleh Abang Joe.

Selain itu, peristiwa Halim gigih dalam usahanya untuk melepaskan diri dari cengkaman Abang Joe.

Akhir sekali, peristiwa ketika Halim gigih memberi maklumat kepada Fariz bagi menumpaskan sindiket Abang Joe

 

Soalan 7:
                   PERBANDINGAN WATAK
WATAK UTAMA              WATAK SAMPINGAN
    HALIM                                     ABANG JOE
 
 
   
Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?

Jawapan:

            Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.

            Perbandingan yang pertama ialah Halim merupakan murid berusia 15 tahun dan anak sulung manakala Abang Joe merupakan ketua sindiket.

            Selain itu, Halim seorang yang terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara manakala Abang Joe licik dalam memperdayakan golongan remaja untuk memperoleh keuntungan.

            Akhir sekali, Halim seorang yang prihatin terhadap rakannya iaitu Saleh manakala Abang Joe seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan-rakannya.